Make your own free website on Tripod.com

Kenyataan Akhbar

24 Ogos 2000

Jawatankuasa Suqiu telah mengadakan Mesyuarat Tergempar Ketiga pada 24 hb Ogos 2000 dan menghasilkan kenyataan-kenyataan berikut :

Pertama, Jawatankuasa Suqiu mengalu-alukan arahan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir dan Kabinet supaya kontrovesi "Hak Keistimewaan Melayu" dihentikan dengan serta-merta. Jawatankuasa Suqiu berharap YAB Perdana Menteri dan Kabinet akan memberikan arahan yang jelas kepada Utusan Malaysia dan Pemuda UMNO supaya tidak lagi mempermainkan sentimen perkauman, agar tidak menjejaskan keamanan negara dan keharmonian antara kaum.

Kedua, Jawatankuasa Suqiu berpendapat bahawa "Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia" (Suqiu) adalah suatu dokumen yang berorientasikan Malaysia, berpandangan jauh dan melintasi batasan kaum. Suqiu telah diterima oleh Kabinet pada September 1999. Oleh itu, persoalan menarik balik Suqiu dan meminta maaf tidak wujud. Jawatankuasa Suqiu berpendapat bahawa Utusan Malaysia dan Pemuda UMNO tidak harus menggunakan Suqiu untuk mengapi-apikan sentimen perkauman sehinggakan keamanan negara dan keharmonian antara kaum terjejas.

Ketiga, Suqiu telah diendos oleh 2095 buah pertubuhan. Jawatankuasa Suqiu juga telah mengadakan dialog bersama-sama parti-parti politik mengenai kandungan Suqiu. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan untuk berdialog antara parti-parti politik (termasuk Pemuda UMNO) atau pertubuhan-pertubuhan lain dengan Jawatankuasa Suqiu.

Quek Suan Hiang

Pengerusi

Jawatankuasa Suqiu