Make your own free website on Tripod.com

Kenyataan Akhbar

Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Jawatankuasa Suqiu)

 

Hak Untuk Berhimpun Bawah Perkara 10 Harus Dipelihara Polis dan Suhakam

2hb Ogos 2000

Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Jawatankuasa Suqiu) percaya, memandangkan Perkara 10 (1b) Perlembagaan Perseketuan telah menyatakan dengan jelas bahawa "tiap-tiap warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan tidak bersenjata", maka sebarang percubaan untuk menghalang rakyat daripada berkumpul di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi 4 Ogos adalah bercanggah dengan semangat Perlembagaan Perseketuan.

Jawatankuasa Suqiu menyeru pihak Polis unuk mengambil sikap positif tentang hak asasi rakyat ini, membantu menjaga keadaan perhimpunan dan bukan menghalangnya. Di samping mengalu-alukan pendirian Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dalam membela hak asasi rakyat ini, kami berharap Suhakam bukan sahaja akan memantau keadaan pada hari itu tetapi juga mengemukakan satu laporan kepada orang awam kemudian.

Jawatankuasa Suqiu menekankan bahawa perhimpunan aman adalah sesuatu tingkahlaku biasa dalam kehidupan awam mana-mana negara yang berperadapan. Kecuali ingin dikecualikan daripada kalangan negara yang berperadapan, Malaysia mesti belajar untuk menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Orang awam tidak harus menaruh prasangka terhadap perhimpunan aman manakala ahli-ahli politik juga tidak harus mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Sama ada sesuatu perhimpunan itu boleh dijalankan secara aman, peranan pihak Polis sememangnya besar sekali. Maka, pihak Polis harus mengundang sebarang pihak penganjur perhimpunan 4 Ogos untuk memohon polis supaya pihak Polis boleh membuat perancangan yang selengkapnya untuk memastikan keamanan perhimpunan. Kami yakin dengan keupayaan pihak Polis, dengan persediaan secukupnya, dalam menghentikan sebarang gangguan, pencerobohan atau provokasi dengan serta merta. Demi menjamin keamana, kami menyeru Polis untuk tidak membawa senjata api seperti mana amalan di negara-negara berperadapan. Ini penting terutamanya selepas berlaku rampasan senjata tentera dan kereta polis.

Sementara mengalu-alukan keputusan Suhakam menghantar empat orang Pesuruhjayanya untuk memantau perhimpunan tersebut, Jawatankuasa Suqiu menyeru barisan Persuruhjaya itu membawa krew kamera video dengan pelengkapan selengkapnya. Adalah penting Suhakam untuk merekodkan apa yang berlaku pada pagi itu dan mengemukakan laporan pemantauan. Jika perhimpunan itu dijalankan secara aman, rekod ini akan membawa makna besar dalam sejarah perhimpunan awam di Malaysia. Dalam keadaan lain, rekod ini menjadi lebih penting sebagai bukti dalam penyiasatan. Kami percaya, pencapaian Suhakam pada 4 Ogos akan mempengaruhi keyakinan orang awam terhadapnya dan kredibilitinya selepas ini.

Ser Choon Ing

 

Setiausaha,

Jawatankuasa Suqiu