Make your own free website on Tripod.com

Kenyataan Akhbar

Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Jawatankuasa Suqiu)

Rias Yatim diseru supaya berdiri tegak atas pendirian tentang isu Ketua Hakim

23hb Jun 2000

Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Jawatankuasa Suqiu) hari ini menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya berdiri tegak atas pandangannya tentang sepucuk gambar di internet berkenaan dengan Ketua Hakim Negara YAA Tun Eusoff Chin yang bercuti bersama Datuk VK Lingam seorang peguam di New Zealand. Menteri Kehakiman de facto itu telah membuat kenyataannya dalam suatu temuduga dengan Radio Nasional Australia pada 25 April 2000.

Kami percaya bahawa tingkahlaku para hakim dan pegawai-pegawai pendakwaraya adalah penting untuk mengekalkan keyakinan orang awam atas sistem kehakiman kita yang dahulunya pernah menjadai kebanggaan kita. Bak kata perpatah, "Keadilan itu bukan sahaja harus ditegakkan, malah penegakannya itu mesti dinampak." Kami berpendapat tingkahlaku seorang hakim mesti tidak melahirkan sebarang kesangsian awam tentang keberkecualiaan beliau. Atas pertimbangan ini, kami menyokong sebarang usaha termasuk usaha Dato Dr. Rais Yatim untuk menjaga keagungan sistem kehakiman, salah satu daripada tiga teras utama demokrasi negara kita.

Jawatankuasa Suqiu juga memandangberat tentang cadangan Majlis Hakim-hakim Malaysia (Malaysian Council of Judges) untuk mengenakan bayaran jam dalam pembicaraan kes sivil. Di bawah cadangan ini, RM 300 sejam akan dikenakan untuk jam ke-6 sampai ke ĘC15, RM 400 sejam untuk jam ke-16 sampai ke-25 dan RM 500 sejam seterusnya. Kami percaya bahawa pengenaan bayaran ini akan mematah hasrat ramai rakyat untuk menuntut keadilan melalui mahkamah. Sementara pihak hakim berjanji akan membuat penyesuaian untuk bayaran bagi rakyat miskin, masalah timbul lagi untuk menentukan siapa yang cukup miskin dan siapa yang tidak. Maka, sebelum proposal ini dikemukakan kepada Jemaah Menteri, ia harus terlebih dahulu dikemukan untuk perbincangan awam yang mendalam dan menyeluruh. Sesuatu isu yang akan membawa impak besar kepada rakyat harus ditentukan bersama oleh rakyat dan bukan sekumpulan ahli politik sahaja.

Kami menyeru semua rakyat Malaysia mengambil berat tentang perkembangan dalam sistem kehakiman kita terutamanya berkenaan dengan keberkecualian dan kemudahcapaiannya. Bak kata Martin Luther King, Jr, "Kezaliman di mana-mana adalah ancaman kepada keadilan di merata-rata." Masa kini, tiada apa yang lebih patriotik lagi untuk anak Malaysia daripada memastikan Hakim itu membawa maksud Keadilan.

Ser Choon Ing

 

Setiausaha,

Jawatankuasa Suqiu