Make your own free website on Tripod.com

Kenyataan Akhbar

Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Jawatankuasa Suqiu)

Tiga Tugas Kerajaan BN mengenai Wabak Nipah : Pampasan berpatutan untuk penternak, Bantuan Kebajikan untuk Keluarga Mangsa, Pemulihan Industri Penternakan Khinzir

6hb Jun 2000

Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Jawatankuasa Suqiu) merakamkan takziah kepada Pn Lai Soon Hwa dan keluarga atas pemergian Mendiang En.Yeong Hong Chong, mangsa terbaru Wabak Nipah pada 1 Jun.

Jawatankuasa Suqiu menyeru Kerajaan Perseketuan dan Kerajaan Negeri Sembilan Barisan Nasional (BN) supaya memberikan pertolongan yang ikhlas kepada mangsa Wabak Nipah. Industri penternakan khinzir tidak pernah menerima daripada pihak berkuasa pengiktirafan dan sokongan yang setimpal dengan sumbangannya kepada ekonomi negara. Maka, Kerajaan BN kini harus dengan sikap yang bertanggungjawab melaksanakan tiga langkah yang penting yakni memberi pampasan yang berpatutan kepada penternak, menyediakan program kebajikan yang menyeluruh kepada keluarga mangsa dan pesakit, serta membantu industri penternakan khinzir mendiri semula; dan bukan sekadar memberikan sedikit pampasan sebelum pilihanraya kecil.

Jawatankuasa Suqiu mengingatkan bahawa : pampasan RM 70 untuk seekor khinzir ynag dimusnahkan cuma dibayar untuk 2,000 khinzir yang pertama, ternakan yang selebihnya cuma dibayar RM 50 seekor. Kedua-dua angka ini jauh terlalu rendah jika dibandingkan dengan kos seekor yang setinggi RM 150-200. Memberikan pampasan kepada mangsa dalam mala petaka bukanlah apa-apa isu sensitif perkauman atau agama. Jawatankuasa Suqiu percaya semua insan yang benar-benar mendukung keadilan social, tidak kira apa kepercayaan agamanya akan menyokong tindakan ini.

Jawatankuasa Suqiu meminta pihak berkuasa supaya menjadikannya suatu prinsip untuk "mempampas dengan berpatutan semua kerugian swasta yang terjadi dalam pencegahan atau pengawalan wabak", tidak kira wabak itu disebabkan oleh Virus Nipah, penyakit Mulut dan Kaki (Mouth and Foot decease) pada lembu dan kambing, Papaya Ring Spot Virus atau Cocoa Pot Borer pada pokok buah-buahan. Memandangkan perebakan sebarang wabak akan mendatangkan pengorbanan nyawa atau kerugian harta-benda kepada orang awam, maka kos pencegahan atau pengawalannya tidak harus ditanggung oleh individu-individu yang terlibat secara langsung sahaja. Bagi industri penternakan khinzir, isu pampasan harus dipertimbangkan dengan mengambilkira sumbangannya ĘC Cuma eksport ke Singapura dalam setahun (1998) sudah cukup untuk mendatangkan pertukaran asing sebanyak RM 440 juta.

Pada masa yang sama, Kerajaan juga harus menyediakan suatu program bantuan kebajikan yang menyeluruh kepada keluarga-keluarga mangsa dan pesakit, supaya mereka mendapat bantuan untuk menangani cabaran ekonomi dalam mencari hidup, meneruskan pelajaran dan mendapat rawatan. Kebanyakan mangsa adalah ketua keluarga, maka pemergian mereka telah meninggalkan ramai balu dan anak yatim dalam kesengsaraan. Pesakit yang bernasib baik dapat terus hidup juga banyak kehilangan keupayaan untuk bekerja. Tanggungjawab Kerajaan BN bukan sekadar kemanusiaan sahaja dalam kes ini. Jika pihak berkuasa bertindak cepat untuk mengawal perebakan wabak dan tidak menyalahdiagnos Virus Nipah sebagai JE untuk beberapa bulan, kemungkinan besar sebahagian besar daripada keluarga ini dengan izin Tuhan akan terselamat daripada kederitaan yang kini menimpa.

Akhir sekali, Jawatankuasa Suqiu menyeru Kerajaan BN membantu memulihkan industri penternakan khinzir. Ramai penternak telah melaburkan simpanan sepanjang umur dalam ladang ternak termasuk kawasan penternakan tertumpu yang dicadangkan oleh kerajaan negeri. Pelarangan untuk menternak khinzir menyebabkan kerugian kesemua pelaburan mereka. Jika kerajaan-kerajaan negeri Barisan Alternatif (BA) di Kelantan dan Terengganu yang dikatakan paling "keIslaman" dapat menghormati hak orang bukan Islam dengan membenarkan penternakan khinzir atau membatalkan larangan ke atasnya, tidak ada sebab Kerajaan Perseketuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri BN di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang tidak boleh melakukan yang sama.

Ser Choon Ing

 

Setiausaha,

Jawatankuasa Suqiu