Make your own free website on Tripod.com

POLITIK JAMA'AH

 

Apabila PAS mengisytiharkan dirinya sebagai wadah politik Islam yang tulin, ia menanamkan keyakinan dikalangan ahli-ahli dan penyokongnya bahawa dialah jama'ah Islam yang wajib bagi orang Islam beriltizam dengannya seperti sabda Rasulullah s.a.w kepada Huzaifah Ibnu Yaman.

 

Ertinya : Hendaklah kamu beriltizam dengan Jama'ah orang-orang Islam dan pemimpin mereka.

 

Didalam bebeapa keterangan hadis menyebutkan bahawa umat Islam akan berpecah kepada 72 kumpulan dan hanya satu kumpulan sahaja yang selamat iaitu kumpulan yang mengikut sunnah baginda s.a.w dan sahabat baginda.

 

PAS mendakwa bahawa partinya adalah jama'ah Islam yang tulin di negara ini. Kerana itu beriltizam kepada PAS adalah wajib. Dosa dan akibat tidak menyertai PAS atau keluar daripada PAS sama dosa dan akibatnya dengan keluar daripada Jama'ah Islam yang dinyatakan di dalam hadis Nabi s.a.w mengenai keluar daripada Jama'ah Islam atau tidak beriltizam dengannya. Antara hadis-hadis yang berkenaan ialah sabda Rasulullah s.a.w:

 

Ertinya: Sesiapa yang meninggalkan jamaah maka sesungguhnya ia menanggalkan kalungan Islam dari tengkuknya.

 

Oleh kerana PAS mendakwa dirinya itulah Jamaah yang dimaksudkan di dalam hadis itu, maka sesiapapun yang keluar daripada PAS terungkailah ikatan Islam daripada dirinya. Kepercayaan ini sering disampaikan di dalam usrah-usrah dan kursus-kursus PAS.