PENGENALAN

 

Mari kita semua buat sedikit kajian dari persektif Islam, kenyataan-kenyataan dan ucapan-ucapan para pemimpin dan penceramah-penceramah PAS mengenai perkara-perkara dan isu-isu yang menyentuh ajaran-ajaran Islam, yang bertentangan dengan fahaman aliran perdana umat iaitu kefahaman ahli sunnah wal-jamaah. Tentunya tidak semua ucapan-ucapan dan kenyataan dikaji di dalam perbincagan kali ini, kerana ianya akan menghasilkan huraian yang panjang. Hanya beberapa isu yang di anggap penyelewengan yang besar dan nyata sahaja akan dihuraikan.