POLITIK KEBENCIAN

 

Dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Jamaah Islam dan wadah perjuangan Islam tulin, PAS bertanggungjawab menjelaskan Islam sebagai dasar dan sistem kehidupan yang menyeluruh. Dengan kenyataannya bahawa matlamat politik nya ialah menegakkan negara Islam, PAS bertanggungjawab menjelaskan sistem politik  bagi negara Islam yang hendak dibentuknya di zaman moden ini. Apakah dasar-dasar Islam yang hendak dilaksanakan oleh PAS didalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, perhubungan luara dan sebagainya. Tugas dan tanggungjawab inilah yang sepatutnya dikemukakan oleh PAS di dalam kegiatan politiknya, sekiranya ia benar-benar sebuah pertubuhan yang dikatakan sebagai Jamaah Islam.

 

Tetapi apa yang sepatutnya dilakukan oleh PAS itu tidak ada keupayaan untuk dilaksanakan. Ini ialah kerana pemimpin PAS tidak mempunyia cukup kelayakan ilmiah untuk berbuat demikian. Bahkan did alam melaksanakan agenda Islam, PAS tidak menyaingi UMNO yang bukan sahaja beriltizam kepada perjuangan menegakkan agama dengan kata-kata tetapi melaksanakan agenda pembangunan agama secara yang terbukti dengan kemajuan yang dicapai oleh negara dan rakyat di dalam bidang keagamaan. Kejayaan yang dicapai oleh UMNO di dalam perjuangan Islam diakui oleh PAS. PAS akan menjadi tidak relevan lagi dalam perjuangan Islam, jika ia tidak melakukan sesuatu yang boleh memperkecilkan perjuangan UMNO.

 

PAS tidak mempunyai cara lain untuk mengecilkan perjuangan UMNO, melainkan menanamkan bibit kebencian dikalangan ahli-ahli dan penyokongnya kepada UMNO. Apabila benci menguasai tidak ada lagi kebaikan yang dikenang. Benci akan menutup mata hati, sehingga melihat segala-galanya dengan cemuhan dan jelek. Seperti kata Imam Shafie:

 

Mata yang rela melihat kecil sagala keaiban sama seperti mata kebencian melihat segalanya penuh keburukan.

 

Politik kebencian menjadi agenda utama dakyah PAS di dalam usahanya untuk mengekal perjuangannya supaya terus relevan. Tidak ada yang lebih menimbulkan kebencian selain daripada melabelkan UMNO sebagai kafir. Seorang pemimpin PAS dari Besut pernah berkata "Jika UMNO tidak kafir, lebih baik kita menyertai UMNO daripada menyertai PAS". Seterusnya UMNO dilabelkan sebagai sekular, anti Islam, agen Yahudi dan berbagai label yang kesemuanya untuk menanamkan kebencian kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.