Apakah Isu Tuhan Mencarut sudah basi ?
Ramai dikalangan penyokong PAS merasakan isu Tuhan mencarut yang dimulakan oleh Nik Aziz di Stadium Kota Bharu,
Kelantan sudah basi dan tidak dipedulikan lagi. Apa yang menyedihkan mereka begitu cepat melupakan apa yang Nik Aziz
lakukan, sebaliknya menjaja apa saja fitnah memburukkan YAB Perdana Menteri. Itulah sifat ahli-ahli PAS termasuk
pemimpin mereka. Begitu cepat melupakan keburukan pemimpin mereka, sebaliknya menuduh Perdana Menteri dengan
bermacam-macam tuduhan. Mereka lupa bahwa isu mencarut ini amat berat dan Nik Aziz patut melakukan sesuatu untuk
menjernihkan kembali kekusutan yang ditimbulkannya.
Jika tanggapan mereka bahawa isu ini sudah basi, apakah kejadian-kejadian di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu sudah
boleh dianggap basi jugak ? Apakah kisah-kisah dahulu yang sering disebut-sebut atau diceritakan di dalam pengajian agama
atau ceramah sudah basi ? Apakah juga kejadian-kejadian atau perbuatan-perbuatan yang dilakukan di zaman kegemilangan
Islam dan juga empat Imam Besar dahulu sudah boleh dilupakan dan dianggap basi ? Inilah yang sering kita dengar dari mulut
atau penulisan penyokong-penyokong PAS hari ini.
Disini diturunkan penjelasan kenapa isu perlu amat berat. Dan perlulah kita hayatinya denga hati terbuka dan insaf.
Penjelasan dengan rujukan Al-Quran ini dibuat untuk memberi pengajaran dan rujukan supaya kita kembali kejalan yang
benar. Dalam soal menyampaikan, kita akan InsyaAllah sampaikan walaupun beribu kali. Inilah konsep dakwah yang sebenar
bukannya dengan cara berceramah menyampaikan perkara bathil dengan bayaran atau sinonimnya "Sedekah Jihad ".
Pejelasan ini adalah yang ini free of charge, paling kurang pun keluar duit RM10.00 untuk beli tafsiran Quran untuk rujukkan
jikakalau tak betul dan jangan hanya buat rujukan di Harakah.
Dulu DATO Nik Aziz dalam mempertahankan novel sensasi SHIT karya SUCI Shahnon mengucapkan bahawa
"Allah mencarut". Bagi memperkuatkan hujah beliau, beliau membacakan surah Al-Lahab dan menurut beliau terdapat
ayat mencarut dalam Al-Quran. Mari kita fahami ayat ni.
" Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa"
Pendapat Nik Aziz tentang ayat ini sangat salah dan tidak boleh diambil kira:
1. Dalam ayat tersebut tidak ada bukti ayat mencarut.
2. Allah tidak pernah mencarut dengan menyebut kemaluan manusia seperti yang terdapat dalam novel Shit.
3. Kalau benar pun Dr Mahathir yang bersalah, mengapa atau kenapa tak sebut saja kemaluan beliau dan mengapa
melibatkan kemaluan ibunya yang tidak ada kena mengena.....
4. Nik Aziz kata Al-Quran banyak mengandungi ayat-ayat mencarut, maka bolehlah kita mencarut dan sebagai contoh dalam
Al-Quran banyak kali Allah bersumpah dengan masa dan bulan. Tapi kenapa dan mengapa Nik Aziz tak suruh orang
bersumpah dengan masa dan bulan kalau betul dia ikut Al-quran cara keseluruhannya.Mengapa??..why?..why??? Apakah
Nik Aziz nak jadi sama taraf dengan Allah SWT ?
5. Mengapa sebelum ini tidak ada sebarang fatwa dari ulama-ulama dulu yang memfatwakan bahawa kita ni buleh mencarut?
Kita fahami apa maksud hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud r.a berkata: Rasulullah saw bersabda." seorang mukmim
bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah"( Attirmidzi - Rs 2/545 ).
Dari Anas ra berkata: Rasulullah saw bersabda :
" kekejian mulut tiada menghinggapi sesuatu melainkan menjelekkannya dan sifat itu tidak menghinggapi sesuatu melainkan
membaguskannya ( Attirmidzi - Rs 2/545 ) dan maksudnya " Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibu-bapa sendiri.
Seorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah: Apakah mungkin seseorang itu memaki ibu-bapanya sendiri?
Rasulullah saw menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibu-bapa orang lain dan orang yang dimaki itu memaki
balik ibu-bapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri "
( HR Bukhary - Muslim - 10 )
Sudah tentu dapat kita lihat bahwa Dr Mahathir amat mengetahui tentang hukum maki. Sebab itulah dia tidak maki balik Nik
atau Shahnon. Siapa yang lebih faham dan siapa yang tak faham pasai hukum ini? Ini menampakkan kedegilan ahli-ahli
orang Pas memahami masalah ini.
Jadi kesimpulannya mencarut adalah perbuatan yang keji untuk orang yang bersifat lemah atau keji budi pekertinya. Allah
bersifat Maha Gagah lagi Maha Sempurna. Oleh itu Allah tidak sekali mencarut tapi apa yang dimaksudkan dalam surah
Al-Lahab dan banyak ayat lain ialah Allah melaknat. Allah melaknat Abu Lahab dan orang yang memutar belitkan Al-Quran
seperti Ulama-ulama, Ustaz-ustaz " Jadian" Pas. Adalah sangat molek agar ahli-ahli PAS ajar anak-anak mereka memaki
hamun kalau masih percaya dengan ucapan tukang karut@mencarut Ulama jadian ini. Jangan belajar bagi salam, belajar lah
maki siang malam. Kalau berjumpa nenek atau datok atau bapak atau emak saudara mereka, makilah mereka. Bila hendak
makan janganlah baca bismillah, sebutkan saja "celaka" sebaliknya jangan doa-doa baik jika hendak tidur. Hafal saja apa
yang ada dalam novel Shahnon, barulah selamat Islam Pas.