PAS PUNCA UMAT ISLAM BERPECAH

 

SAYA amat terkejut apabila manifesto barisan altematif tidak menyebut sebarang rujukan hasrat penubuhan sebuah negara Islam.  Ini kerana parti yang menjadi tunjang kepada barisan itu, Pas selama ini lantang memperjuangkan sebuah negara Islam di Malaysia.  Malah, pengikut Pas selama ini mencemuh Umno sebagai tidak Islamik kerana kononnya Umno tidak mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang hudud.  Umno juga dikutuk kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam sepertii MCA, MIC dan Gerakan menerusi Barisan Nasional (BN).

 

Hari ini, disebabkan suasana politik yang gawat, Pas mula menukar lagunya.  Kalau dulu Umno tidak lslamik kerana bersahabat dengan bukan Islam, hari ini kerana hendak berkuasa, Pas sanggup menelan kata-katanya sendiri dan mencadangkan pembukaan keahlian parti Pas kepada bukan Islam sebagai ahli bersekutu.  Apabila rancangan ini mendapat tentangan hebat, maka Pas mendiamkan diri berkaitan isu ini.  Sekarang Pas bekerjasama dengan DAP.

 

Pas tidak sanggup bekerjasama dengan sebuah parti umat Islam seperti Umno, kerjasama kononnya akan dilakukan jika Umno menerima perjuangan menegakkan pemerintahan Islam.  Inilah fatwa Mursyidul Amnya.  Tetapi yang menghairankan Pas hari ini sanggup bekerjasama dengan DAP, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang semuanya tidak mahukan penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia.  Ini seiring dengan fatwa Pas yang akan menghalalkan apapun hatta kerjasama dengan syaitan dan perbuatan mencarut jika ia mendatangkan keuntungan kepada politik PAS.

 

Tindakan terbaru Pas menggugurkan tuntutan penubuhan negara Islam di dalam manifesto barisan alternatif membuktikan Pas sanggup melupakan teras perjuangan partinya semata-mata kerana takutkan DAP.  Jika demikian bagaimana dengan fatwa Pas yang mengkafirkan sesama Islain selama ini kerana kononnya mereka tidak mahukan pemerintahan Islam.  Bagaimanakah mereka,yang kononnya dikatakan mati syahid di Memali kerana menentang taghut.  Bagaimanakah nasib keluarga yang bercerai-berai dan berpecah-belah kerana akad nikah orang Umno tidak sah, sembelihan orang Umno tidak halal dan perkuburan orang Umno hina.  Ini adalah kesan perpecahan di kalangan umat Islam yang selama ini berlaku di sebabkan ajaran Pas bahawa tidak cukup Islam orang yang tidak mahu penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang hudud.

 

Alasan pengikut Pas bahawa ini samalah dengan strategi di dalam perjanjian Hudaibiyyah tidak boleh diterima pakai kerana pada masa itu,perjanjian membabitkan umat Islam di satu pihak dan orang kafir di satu pihak lain serta pada masa itu umat Islam lemah.  Hari ini di dalam barisan altematif dari empat buah parti didalamnya, tiga daripadanya diketuai oleh orang Islam, cuma satu bukan Islam.  Adakah ini bermakna PAS mengatakan di dalam barisan alternatif umat Islamn lemah sehinggakan terpaksa mengorbankan prinsip PAS mengenai penubuhan sebuah Islam.,

 

Apakah sikap PRM dan Keadilan dua komponen barisan altematif terhadap penubuhan sebuah negara Islam.  Jika mereka tidak bersetuju terhadapnya kenapakah Pas perlu meneruskan kerjasama dengan mereka? Adakah mereka juga tidak Islamik? Jika Umno kononnya tidak Islamik pada pandangan Pas kerana tidak mahu menubuhkan negara lslam maka rakan-rakannya juga di dalam barisan altematif tidak Islamik.  Jadi atas dasar/alasan apa Pas bekerjasama dengan mereka dan tidak dengan Umno?  Apakah Presiden MCA Dato Seri Dr Ling Liong Sik menghina Islam sedangkan Karpal Singh pemah berkata langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam?

 

Pemimpin Pas juga memberi alasan supaya tunggu selepas pilihan raya untuk melihat perkembangan konsep negara Islam yang digugurkan dari agenda perjuangan Pas.  Ini alasan bagi memperdaya rakyat agar mengundi mereka dulu sebelum fatwa baru dikeluarkan selepas pilihanraya jika mereka menang yang akan menghalalkan ketidakperluan penubuhan negara lslam.  Kita juga perlu melihat pembahagian kerusi di dalam barisan alternatif.  Jika Pas tidak mendapat sekurang-kurangnya dua pertiga daripada peruntukan kerusi Parlimen akan datang iaitu 129 kerusi maka bagaimana Pas ingin meminda Perlembagaan Persekutuan yang selama ini disifatkan oleh Pas sebagai perlembagaan penjajah yang tidak Islamik dan perlu ditukar untuk menubuhkan sebuah negara Islam.  Ini kerana majoriti pertiga perlu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

 

Adakah Pas bermaksud untuk mengisytiharkan darurat jika pemimpinnya menjadi Perdana Menteri jika ia tidak mempunyai majoriti dua pertiga di dalam Parlimen.

 

Kenapa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersetujui oleh Pas sebagai bakal Perdana Menteri jika barisan altematif menang?  Adakah Pas tidak berasakan pemimpinnya layak?  Kemanakah perginya slogan kepemimpinan ulamak parti itu?  Anwar bukannya seorang ulamak, malah apabila Anwar memilih menyertai Umno berbanding Pas pada 1982, Anwar dituduh masuk tong taik.  Adakah seorang yang masuk tong taik kembali menjadi harum kerana ia bersesuaian dengan nafsu politik dan orang ini pula layak untuk dinobatkan menjadi pemimpin.

 

Pas menuduh Datuk Seri Dr ,Mahathir Mohamed diktator dan tidak boleh dikritik.  Sebenamya Pas lebih maha dahsyat.  Pemimpinnya tidak langsung boleh dikritik kerana semuanya kononnya ulama.  Mengkntik mereka bermakna mengkritik ulama pewaris Nabi walaupun yang dikritik adalah perkara yang membabitkan fungsi mereka sebagai pentadbir kerajaan negeri.  Tidak ada orang yang pernah difatwakan kafir kerana mengkritik, menghina, malah menfitnah pemimpin Umno.

 

Saya merayu kepada pemimpin Pas berhentilah dari sikap buruk mereka yang suka memfitnah dan memperdaya rakyat.  Bertaubatlah sebelum terlambat.  Pintu taubat sentiasa terbuka luas.  Sebelum itu mohonlah maaf kepada individu yang mereka 'bunuh' melalui lidah mereka.  Mohonlah maaf juga kepada pengikut, penyokong dan rakyat Malaysia semuanya sebelum tiba ketentuan Allah s.wt di padang Mahsyar yang kita tidakdapat lari daripadanya.