SATU temuramah eksklusif telah diadakan dengan Encik Azmi Haji Salim, 51, selaku orang yang paling hampir dengan
segala permasalahan. Selaku individu yang terlibat secara langsung dengan
penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali dan Tragedi berdarah Memali
serta ahli Jawatankuasa Bertindak Tabung Mangsa Memali, Encik Azmi Haji Salim
menyimpan banyak cerita dan benar-benar mengetahui apa yang terjadi.
Ikuti temuramah Penulis dengan beliau
dirumahnya yang kebetulan berhampiran dengan madrasah berkenaan.
AZMI: Boleh. Malahan saya
telah membuat satu surat sebaran umum
mengenai isu berkenaan. Sebelum saya bercerita lebih panjang, elok rasanya saya
ceritakan sejarah awal penubuhan Madrasah lslahiah Diniah. Bermula dari situ baru boleh faham apa dan
bagaimana ianya meletup.
Madrasah Islahiah Diniah ditubuhkan atas inisiatif saya bersama
beberapa orang penduduk kampung. Pada
peringkat awalnya ia ditubuhkan sebagai sebuah surau untuk kariah kampung
belajar agama.
Pada tahun 1978 - lebih tepat selepas pilihan raya umum 1978 -
kariah kampung Memali ini meminta Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya)
menerajui surau dan seterusnya dijadikan madrasah. Akhirnya, Ustaz Ibrahim
bersama seorang guru yang disegani - Ustaz Awang Lanai, bersetuju menerima
pelawaan kami.
Pada bulan Mac, 1985 pihak madrasah telah menerima kedatangan
rombongan pertama yang diketuai oleh Ustaz Ahmad
bin Hassan bersama empat orang Ustazah dan lapan orang murid untuk membuka kelas
persekolahan rendah agama.
Bermula dari tarikh itu murid-murlid semakin bertambah. Mereka
yang datang belajar kebanyakannya terdiri dari anak-anak penduduk kampung yang
berdekatan.
Diringkaskan cerita, pada 19 November 1985, berlaku Tragedi
Berdarah Memali. Oleh kerana saya,
terlibat secara langsung sebagai pengikut Uztaz Ibrahim dalam tragedi
berkenaan, saya telah ditahan di bawah ISA.
Setelah saya dibebaskan dari tahanan, saya diberi tanggungjawab
menyediakan makanan untuk para pelajar asrama
di madrasah sehingga tahun 1993.
Saya meninggalkan
tugas itu pada tahun 1993 kerana saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa
Tadbir Madrasah Islahiah Diniah.
Pada 9 Mei 1999
semua AJK Tadbir Madrasah Islahiah Diniah yang asal telah digugurkan kerana
pentadbiran madrasah diambilalih oleh Jawatankuasa PAS Kawasan Baling. Kami
semua bersetuju dengan pengambilan-alihan berkenaan dengan anggapan pihak
Jawatankuasa Kawasan tentulah lebih berwibawa lagi lebih beramanah dalam
menjalankan tugas pengurusan.
Malangnya, apa
yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
Ahli Jawatankuasa PAS Kawaslan Baling tidak nampak muka. Yang
menguruskan pentadbiran madrasah cuma dua orang sahaja, iaitu Yusuf Hussin dan
Ustaz Zaki.
PENULIS: Apa jawatan Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki?
AZMI: Pada peringkat PAS Kawasan Baling, Yusuf Hussin adalah
Setiausaha Kawasan dan di madrasah beliau juga sebagai Setiausaha Jawatankuasa
Tadbir, sementara Ustaz Zaki sebagai Bendahari.
Walaupun pentadbiran madrasah dikatakan ditadbir oleh AJK PAS
Kawasan Baling, tetapi yang berkuasa penuh di madrasah ini ialah Yusuf
Hussin. Semua urusan dikuasai olehnya.
PENULIS: Sebelum
pentadbiran madrasah diambil alih oleh AJK PAS Kawasan Baling, apa peranan Yusuf
Hussin?
AZMI: Selepas Tragedi
Memali, Yusuf Hussin mengambil kesempatan menonjolkan diri sebagai pejuang atau
'Mujahid Memali'. Oleh kerana beliau pandai bercakap dan cekap mengambil
kesempatan, beliau telah dianggap sebagai 'orang penting' dalam tragedi itu.
Selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau dilantik sebagai
Setiausaha Tadbir madrasah. Tetapi apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha
PAS Kawasan Baling, barulah beliau mengambil-alih sepenuhnya pentadbiran
madrasah dengan alasan ditadbirkan oleh PAS Kawasan. Semua Ahli Jawatankuasa
Tadbir yang asal terlucut dengan sendirinya.
PENULIS: Apa
punca yang menyebabkan balu dan mangsa Tragedi Memali mengambil tindakan
melapor kepada polis atas
isu penyelewengan tabung setelah ianya berjalan dengan baik begitu lama ?
AZMI: Ada banyak sebabnya. Isu fitnah memfitnah dan mempersendakan
maruah balu dan keluarga mangsa tragedi menambahkan kekalutan. Bagaimanapun, isu pokok yang menimbulkan
rasa tidak puas hati di kalangan kami ialah pertama, wang tabung telah
disatukan menjadi Tabung Mangsa Memali sahaja.
Pada asalnya, tabung itu terdiri dari tiga saluran iaitu Tabung
Balu Syuhada dan Anak Yatim, Tabung Mangsa Memali dan Tabung Madrasah. Walaupun akaun di bank satu, tetapi
perkiraannya tetap berasingan. Wang dari tabung anak yatim tidak boleh
dicampurkan dengan tabung mangsa. Begitu juga halnya dengan wang tabung balu.
Wang anak yatim dan wang balu adalah khusus untuk mereka. Ianya tidak boleh dicampurkan dengan wang
lain. Wang untuk mereka adalah khas dan terkhusus untuk mereka sahaja. Bila
semuanya disatukan dari segi kira-kira, ini sudah melanggar syarat dan hak.
Kedua, Yusuf Hussin selaku pentadbir tidak pernah membentangkan
penyata kira-kira mengenai wang tabung.
Jawatankuasa tidak pernah diberitahu berapa jumlahnya dan kepada siapa
disalurkan serta berapa banyak yang telah disalurkan kepada yang berhak.
Bantuan yang disalurkan kepada balu dan mangsa tidak tetap. Ia dikeluarkan
mengikut pertimbangan dan budi bicara Yusuf Hussin sahaja. Biasanya menjelang Hari Raya.
PENULIS: Bila perubahan itu berlaku dan siapa yang mengubahnya?
AZMI: Perubahan ini terjadi selepas Ckgu Non meletakkan jawatan pada
tahun 1997 dan Yusuf Hussinlah yang mengubah semuanya.
Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut, saya terlebih dulu ingin
menceritakan sejarah pengurusan tabung ini.
PENULIS: Siapa Cikgu. Non dan apa pula kisahnya?
Pada awal tahun 1992 Yusuf Hussin dikatakan dikehendaki
berkhidmat di pejabat PAS Negeri Kedah, di Alor Star. Oleh kerana beliau tidak
mempunyai masa yang cukup untuk mentadbirkan madrasah, beliau telah membawa
Encik Zainon bin Ismail (lebih dikenali sebagai Cikgu Non) untuk memangku jawatan
beliau mentadbirkan madrasah. Kerana
sokongan kuat Yusuf Hussin kami menerima kehadiran Cikgu Non untuk mentadbirkan
madrasah dengan hati terbuka.
Pada masa itu kedudukan kewangan madrasah tenat. Bangunan yang ada hanya bangunan sekolah dan
asrama lelaki. Sementara bangunan asrama perempuan yang sedang dalam pembinaan
tidak dapat disiapkan kerana kekurangan wang.
Akhirnya Yusuf Hussin meminta fatwa dari Ustaz Awang untuk menggunakan
wang yang disumbang oleh seseorang untuk membina madrasah madrasah sebanyak
RM11,000.00. Ustaz Awang membolehkan wang
itu digunakan untuk menyiapkan bangunan asrama perempuan dengan syarat diganti semula.
Bermula dari situ Cikgu Non pun mulalah menyumbangkan tenaga dan
ideanya untuk mengisi Tabung
Madrasah, Tabung Memali dan Tabung Balu Syuhada.
Tindakan pertama Cikgu Non ialah menulis dan menerbitkan tiga
buah buku bertajuk Asyahid Ibrahim Libya, Memali Lambang Syuhada dan
Gugurnya Anak Melayu di Afghanistan.
Kesemua hasil jualan buku-buku berkenaan disumbangkan kepada
tabung-tabung berkaitan setelah kos penerbitannya.
Sesungguhnya buku-buku tersebut membawa banyak kebaikan kepada
madrasah dan waris mangsa Tragedi Memali.
Penulisan buku itu membuatkan orang ramai simpati dan datang
mencurah-curah dan rombongan ziarah banyak berkunjung ke madrasah dan Kampung
Memali ini.
Di bawah pentadbiran Cikgu Non pembangunan madrasah bertambah
rancak. Bangunan madrasah dapat dibina baru. Anggaran pembangunan yang
diusahakan oleh Cikgu Non adalah seperti berikut:
1. Membeli tanah tapak asrama RM
20 000.00
2. Membina Asrama Guru RM 50
000.00
3. Membina tambahan Asrama Putera RM 60 000.00
4. Membesarkan Kantin RM 50 000.00
5. Membeli tanah RM
30 000.00
6.
Saham dalam Jitra Food RM
70 000.00
Selain dari itu di bawah kelolaan Cikgu Non juga terdirinya
Bengkel balu Syuhada dan koperasi KOMIK.
Kesemua jasa dan khidmat Cikgu Non tidak dihargai malah dia
diperlakukan sebagaimana "Hang
Nadim" dalam kisah Singapura dilanggar Todak.
PENULIS: Siapa yang mengawal-selia kewangan ketika itu ?
AZMI: Semua urusan kewangan hasil sumbangan
penderma masih dikendalikan oleh Yusuf Hussin selaku Setiausaha Tadbir.
Seminggu sekali bila beliau balik dari Alor Star, beliau akan mengumpul semua
cek-cek sumbangan dan menyerahkannya kepada bendahari untuk disimpan di bank.
Bank Islam.
Cikgu Non tidak berperanan mengenai soal kewangan tabun-tabung
yang telah ditubuhkan itu. Semua sumbangan yang beliau terima diserahkan kepada
Yusuf Hussin untuk urusan seterusnya.
PENULIS: Apa
peranan sebenar Cikgu Non?
AZMI: Peranan Cikgu Non
ialah membantu menguruskan pentadbiran madrasah dan publisiti. Peranan luar. Melalui usaha beliaulah ramai orang bersimpati terhadap mangsa
Tragedi Memali dan sumbangan terhadap tabung-tabung yang ada mencurah-curah.
Sebelum Cikgu Non membantu mentadbirkan madrasah, pengurusan
kewangan madrasah dan tabung-tabung yang ditubuhkan tidak teratur. Mesyuarat
Agung tidak pernah diadakan dan pembentangan kewangan tidak ada sama sekali.
Semuanya terletak pada kawalan pribadi Yusuf Hussin sahaja. Maka mulai tahun
1996 Cikgu Non mula menyusun kira-kira kewangan berkenaan dengan teratur dan
kemas.
Bagaimanapun, peranan Cikgu Non ini tidak ramai yang tahu. Beliau tidak mahu menjaja khidmatnya. Lagipun Cikgu Non ini seorang yang pendiam.
Itu sebabnya bila timbul isu penyelewengan tabung, penduduk kampung berpecah
dua. Ada yang menyokong Yusuf Hussin
dan ada yang menyokong Cikgu Non.
Mereka yang menyokong Yusof Hussin ialah mereka yang tidak tahu
apa-apa mengenai perjalanan pentadbiran Madrasah dan tabung-tabung berkenaan.
Mereka nampak yang melakukan pembinaan baru terhadap bangunan-bangunan madrasah
ialah Yusuf Husin. Begitu juga dengan wang sumbangan dari tabung. Yusuf Hussin
yang mengeluarkannya. Mereka nampak khidmat Yusuf Hussin sahaja.
Tetapi bagi sebahagian
besar kami yang tahu peranan Cikgu Non tidak bersetuju dengan tindakan-tindakan
Yusof Hussin yang terdapat pelbagai penyelewengan bila kewangan tabung-tabung
berkenaan semakin banyak terkumpul.
AZMI: Apabila wang
tabung ada banyak dan populariti Cikgu Non diperingkat luar Baling semakin
popular, Yusuf Hussin mula tak senang hati. Sementara Cikgu Non pula merasakan
apa yang dilakukannya selama ini seperti
tidak dihargai.
Sebelum itu Cikgu
Non menegur disiplin guru dan pelajar serta soal meningkatkan mutu pembelajaran
yang kelihatan merosot.
Teguran ini tidak
disenangi oleh pihak Jawatankuasa Tadbir, terutamanya Yusuf Hussin. Hubungan
Cikgu Non dengan Yusuf Hussin tidak sebaik dulu.
Satu ketika Cikgu
Non menegur tindakan mudir Madrasah dan Bendahari yang menghantar
anak-anak-anak mereka belajar di sekolah agama lain.
Pada Cikgu Non,
tindakan merka itu bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Tadbir sebelumnya
yang memutuskan untuk berkempen di kampung-kampung bagi menarik ibu-bapa
menghantar anak-
anak mereka
belajar di Madrasah Islahian Diniah ini.
Kalau begitulah tindakan mereka, sepatutnya mereka berdua
meletakkan jawatan kerana tidak yakin kepada pembelajaran di madrasah ini. Tetapi oleh kerana kedua mereka adalah orang
lama di madrasah tentulah mereka tidak wajar meletakkan jawatan.
Atas dasar itulah Cikgu Non mengambil keputusan biarlah beliau
sahaja yang meletakkan jawatan.
Pada pendapat beliau daripada jemaah berpecah, biarlah beliau
berundur. Cikgu Non pun meletakkan jawatannya pada tahun 1997.
PENULIS: Apa Cikgu Non buat selepas itu?
AZMI: Setelah meletakkan
jawatan Cikgu Non pergi ke Afghanistan dengan tujuan mendalami ilmu agama.
Tetapi dalam masa empat bulan beliau di sana, beliau sering bermimpi mengenai
isu madrasah. Akhirnya beliau pun
mengambil keputusan kembali ke tanah air.
Sesampainya beliau ke kampung berbagal fitnah dan tohmahan Yusuf
Hussin terhadapnya disampaikan.
Semuanya buruk dan tidak menyenangkan.
PENULIS: Apa antara fitnah dan tohmahannya?
AZMI: Ada banyak dan bermacam-macam.
Antara yang paling tidak menyenangkan Cikgu Non ialah tohmahan kononnya
dia melesapkan wang bengkel balu syuhada sebanyak RM 40,000.00 dan lain-lain
wang lagi. Mereka mendakwa Cikgu Non pergi ke Afghanistan jadi jutawan.
PENULIS: Apa terjadi selepas
Cikgu Non kembali ke Memali?
AZMI: Apabila Yusuf
Hussin menyedari yang Cikgu Non telah kembali dan pelbagai fitnahnya telah
disampaikan kepadanya. PAS Kawasan Baling telah menganjurkan satu majlis
'perdamaian' antara Cikgu Non dengan Yusuf Hussin.
Cikgu Non tak faham apa maksud perdamaian yang memerlukan satu
majlis seperti itu. Apa kesalahan
yang telah dilakukannya.
Oleh kerana Yusuf Hussin adalah Setiausaha PAS Kawasan Baling,
tentulah majlis yang dianjurkan itu berpihak kepadanya. Segalanya dibuat untuk kepentingan dirinya
dan menutup kesalahan yang telah beliau lakukan. Dan majlis 'perdamaian' itu
dilakukan secara 'bersalaman' sahaja. Tak ada penjelasan khusus apa yang ingin
didamaikan.
Cikgu Non berasa tak puas hati dan bangun memberikan pandangan.
Pada pendapat Cikgu Non majlis
Ini tidak jelas dan tidak dapat membersihkan nama baik yang
tercemar hasil fitnah dan tohmahan jahat. Oleh itu beliau mencadangkan supaya
PAS Kawasan Baling menganjurkan satu majlis penjelasan yang lebih besar dimana
dihadiri oleh jemaah dari tiga kampung terdekat.
Cikgu Non seterusnya mencadangkan supaya dalam majlis itu nanti
diperjelaskan kepada ramai apa kesalahan dan kesilapan yang telah beliau
lakukan selama ini. Jika benar beliau ada melakukan kesalahan beliau sedia akan
bertaubat dan jika ada kesilapan beliau berjanji akan membetulkannya.
Majlis itu tidak mencapai matlamatnya dan Cikgu Non mengambil
keputusan membiarkan saja ia berlalu.
Sebagaimana biasa Cikgu Non meneruskan usahanya dalam perniagaan
yang diusahakan selama ini, iaitu berjualan pada mailis-majlis ceramah PAS di
seluruh negara. Dalam masa yang sama beliau membawa beberapa orang mangsa dan
balu tragedi Memali, sama ada sebagai pembantunya atau menjalankan perniagaan sendiri
bersama-samanya.
Bagaimanpun, orang luar Baling masih mengenali Cikgu Non sebagai
perantara bagi urusan bantuan untuk balu-balu dan mangsa Tragedi Memali. Apabila PAS Kawasan di negeri-negeri lain
mahu mengadakan majlis untuk balu dan mangsa Tragedi Memali, mereka masih
menghubungi Cikgu Non. Keadaan ini wujud
kerana selama ini beliaulah yang memperkenalkan mereka kepada jemaah-jemaah luar.
Lagi pun Cikgu Non dikenali ramai kerana beliau pernah menjawat jawatan-jawatan
seperti Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerang, Exco Pemuda PAS Pusat selama
enam tahun dan juga wartawan Harakah.
Oleh kerana Cikgu Non sudah meletakkan jawatan maka semua dari
luar diserahkan permintaan dari kepada Ustaz Zaki. Tapi kerana pihak pentadbir
sudah rasa simpati kepada balu-balu dan mangsa, mereka menyuruh Cikgu Non
sahajalah yang uruskan perkara itu.
Satu ketika Cikgu Non pun bawalah beberapa orang balu untuk satu
majlis di Melaka dan Taman Melewar. Dalam majlis itu, para dermawan yang
simpati telah memberikan sumbangan wang sejumlah lebih kurang RM10 000. 00
secara terus kepada balu-balu.
Sekembalinya
mereka ke kampung, Cikgu Non menasihatkan Kak Soleha (balu Ibrahim Libya) dan
Pak Teh Mat Piah supaya membuka satu akaun bank sebagi tempat simpanan wang
berkenaan. Tujuannya supaya wang tersebut tidak cepat habis dan cuma diberikan
mengikut jumlah pembahagian sama rata, apabila balu-balu terbabit benar-benar memerlukan
wang. Siapa selalu ambil, cepatlah habis wang untuknya itu.
Apa yang dilakukan
itu menimbulkan satu fitnah baru dari kalangan Jawatankuasa Tadbir madrasah.
Mereka menyebarkan fitnah bahawa Cikgu Non menggunakan balu untuk mengutip
derma dan wangnya tidak diserahkan kepada tabung yang dikelolakan oleh
madrasah. Tidak cukup dengan cakap-cakap di sekitar kampung, tohmahan dan
fitnah itu disampaikan mereka kepada pucuk pimpinan, terutamanya Datuk Fadzil
Nor.
AZMI: Cikgu Non
mendiamkan diri dan memendam rasa sendirian. Satu ketika terjadi satu
permasalahan mengenai tandatangan cek koperasi (KOMIK).
Kisahnya, setelah Cikgu Non meletakkan semua jawatan, urusan
koperasi diserahkan kepada Ustaz Zul tetapi tandatangan cek masih tidak diubah
pada rekod bank.
Satu ketika, Ustaz Zul mengeluarkan cek koperasi dengan meniru
tandatangan Cikgu Non. Bila pihak bank dapati tidak sesuai, maka cek itu jadi
'cek tendang. Bila penerima cek menyedari
cek koperasi tidak dapat ditunaikan, ia berjumpa dengan Cikgu Non untuk meminta
kepastian. Setelah Cikgu Non menyedari bahawa tandatangannya pada cek tersebut
adalah palsu, maka dia pun buat laporan polis atas perbuatan yang dianggap
menyeIeweng itu.
Apabila pihak polis memulakan siasatan, satu perjumpaan diadakan
di madrasah. Dalam perjumpaan itu Ustaz Zul mengakui kesilapannya dan memohon
maaf kepada Cikgu Non atas apa yang terjadi.
Akhirnya dengan persetujuan bersama Cikgu Non bersetuju menarik balik
laporan polisnya itu.
Setelah selesai, dalam majlis itu Yusuf Hussin berkata kepada
Cikgu Non, "Sekarang ente report Ustaz Zul, nanti ente akan repot ana
pula !'. Jawab Cikgu Non , "Mungkin kalau Pak Cop tak ubah
sikap - masih ego dan angkuh, ana akan dedahkan semua penyelewengan yang Pak
Cop telah lakukan."
Pada pendapat saya, mulai saat itu Yusuf Hussin menyedari bahawa
Cikgu Non adalah merbahaya dan kredibilitinya dalam PAS mestilah dihakiskan di
semua peringkat. Itu pendapat saya saja.
Dalam bulan puasa tahun 1998, tersiar satu pengumuman oleh PAS
Kawasan Baling, menyatakan bahawa Encik Zainon bin Ismail (Cikgu Non) tidak
lagi ada hubungan dengan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali, dan kerana
itu beliau tidak berhak menerima sumbangan atau derma bagi pihak madrasah dan
balu-balu syuhada.
Ini sangat memalukan Cikgu Non dan perniagaannya pun jadi
merosot kerana beliau rasa terhalang untuk berniaga. Malu. Tidak cukup dengan
itu, beliau juga sering menerima panggilan telefon yang mengugut akan dipukul.
PENULIS: Cikgu
Non masih terus berdiam diri ?
AZMI: Tidak. Beliau
terus berusaha membersihkan nama baiknya yang tercemar. Pada mesyuarat agung
tahunan PAS Cawangan Memali, Cikgu Non menimbulkan soalan dengan meminta
penjelasan dari Yusuf Hussin apa maksud dan niat PAS kawasan membuat pengumuman
mengenainya dalam Harakah.
Yusuf Hussin tidak
mahu menjawab soalan yang ditimbulkan semasa ucapan penangguhan itu. Katanya, "Saya tidak dapat menjawab masalah itu kerana bapanya 'berwasiat' supaya
jangan jawab."
Penjelasan itu tidak memuaskan hati Cikgu Non. Beliau seterusnya
meminta supaya pihak PAS Kawasan mengadakan satu dialog atau penjelasan bagi
menyelesaikan masalah dengan dihadiri oleh jemaah dari tiga kampung berdekatan
dan seorang Tok Guru yang dihormati.
Sehingga ke hari ini majlis yang diminta itu tidak pernah
diadakan, malah lebih malang lagi, mesyuarat agung PAS Cawangan Memali pun
tidak berani diadakan untuk tahun 1999 lalu.
Apabila PAS Cawangan Memali tidak bermesyuarat agung, sedangkan
mesyuarat agung Kawasan sudah hampir tiba masanya, maka seramai 118 ahli PAS
cawangan menandatangai sarat perisytiharan untuk mengadakan mesyuarat agung
khas.
Maka dilaksanakanlah mesyuarat khas dan tiga orang perwakilan
dilantlik. Tetapi, pada mesyuarat agung Kawasan Baling, perwakilan Kampung
Memali tidak diterima kerana tidak ada mesyuarat agung. Kami gagal lagi.
Begitulah hebatnya permainan Yusuf Hussin. Oleh kerana beliau adalah Setiausaha
PAS Kawasan Baling, segalanya beliau kawal dengan baik dan cuma memihak kepadanya
sahaja.
Bagaimanapun kami dapat tahu bahawa dalam mesyuarat agung itu
terdapat enam cawangan yang tidak bermesyuarat agung tetapi menghantar
perwakilan penuh dalam mesyuarat dan berhak pula bercakap mengenai usul.
Penyelewengan itu kami dedahkan kepada PAS Pusat dan akhirnya
pihak pusat mengarahkan PAS Kawasan Baling hendaklah mengadakan semula
mesyuarat agung kerana mesyuarat yang terdahulu tidak sah. Yusuf Hussin tidak
senang hati dengan kami dan dendamnya semakin membara.
Justeru, dalam mesyuarat agung semula itu, seorang wakil Pemuda
PAS Baling, mencadangkan supaya diluluskan satu usul memecat Cikgu Non (Zainon Ismail) dari keahlian
parti.
Selepas itu seorang wakil Pemuda yang lain mencadangkan supaya
usul itu dipinda atau ditambah supaya berbunyi: 'Pemuda PAS Kawasan Baling
mengusulkan supaya keahlian Cikgu Non dipecat dan semua jawatan Yusuf Hussin
dalam PAS digugurkan'.
Kerana pengaruh
Yusuf Hussin dalam PAS Kawasan Baling sangat kuat, maka usul itu ditolak.
Bagaimanapun, dalam mesyuarat khas jawatankuasa PAS Kawasan
selepas itu telah memutuskan bahawa Zainon Ismail dan Azmi Haji Salim dipecat
keahliannya, sementara keahlian Ramli Cik Mid digantung.
Keadaan menjadi semakin rumit dan jalan penyelesaian kelihatan
tertutup rapat. Tapi Cikgu Non masih tak berputus asa. Dia sendiri menganjurkan satu majlis dialog
dengan menjemput semua ahli PAS Cawangan Memali dan pemimpin-pemimpin PAS
Cawangan dalam Kawasan Baling termasuk Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib.
Malangnya, Ustaz Taib tak dapat hadir pada malam itu kerana beliau berada di
Telok Intan, Perak.
Majlis itu juga gagal. Pemimpin tertinggi Kawasan Baling dan
Ketua-Ketua Cawangan dalam Kawasan Baling tidak datang. Yang ada cuma lebih
kurang seramai 50 orang yang terdiri dari penyokong Cikgu Non di kampung ini.
Setelah terus gagal, Cikgu Non menyediakan satu memorandum dan
dihantar kepada pimpinan tertinggi PAS pusat.
Dalam memorandum, itu diperjelaskan kenapa tiga nama yang dicadangkan
pecat oleh PAS Kawasan Baling itu. Selain dari itu Cikgu Non juga menjelaskan
rasa kecewanya terhadap pimpinan PAS Kawasan Baling dan Negeri Kedah yang tidak
prihatin terhadap masalah yang timbul selama tiga tahun itu.
Bagi saya, ketidakprihatinan pimpinan PAS tertentu terhadap
masalah ini sangat dikesali. Masalah yang timbul ialah masalah balu syuhada dan
mangsa tragedi Memali. Kalau dulu mereka disanjung dan dihormati, kenapa
apabila timbul masalah mengenai tabung mereka, semuanya diam dan tidak peduli
lagi.
Kini wang tabung mereka telah kering dan mereka semua dalam
kesempitan, sedangkan peruntukan untuk mereka sebenarnya ada tetapi telah
diselewengkan oleh pentadbirnya.
Akhirnya, setelah semua tindakan dan langkah penyelesaian gagal
serta tertutup rapat, mahu tidak mahu kami yang diketuai oleh Cikgu Non
berserta balu-balu Syuhada terpaksa membuat laporan polis mengenai
penyelewengan Tabung Memali pada 27 Julai 2000.
Malangnya, bila pecah khabar mengenai laporan polis itu seperti
mana yang tersiar dalam akhbar, pemimpin atasan menggelabah dan bertindak mengecap kami dengan pelbagai gelaran bagi maksud menimbulkan rasa
benci terhadap kami. Yang jadi mangsa ialah balu-balu syuhada yang dulu
disanjun dan dimuliakan.