APAKAH BETUL PAS BERFAHAMAN KHAWARIJJ ?

Antara tanda-tanda orang bid’ah – seperti Khawarij – ialah suka mencerca  pemerintah. Haram hukumnya perbuatan seseorang muslim memaki hamun,  mencerca, memfitnah, memburuk-buruk, mengumpat, menggunakan kalimah yang  kesat, keji, mencarut dan kalimah yang kotor – dengan berbagai gelaran –  terhadap orang Islam yang lain, terutama pemimpin sebuah negara yang  beragama Islam.

Didalam al-Quran yang setiap hari kita baca, Allah mengajar dan meminta  kepada para nabiNya dan para hambaNya yang soleh agar senantiasa menggunakan  kalimah yang baik dan lemah lembut walaupun kepada manusia yang sekeji  Firaun yang terkenal sebagai taghut, zalim dan kafir. Allah berfirman:

“Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut.  Berbahasalah kamu berdua kepadanya dengan bahasa yang lemah dan lembuat,  mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut.” Surah Thaha (20) ayat 44.

Nah kalau kepada kepada Firaun disuruh berbahasa yang lemah lembut, pastinya  kepada seorang pemimpin kaum muslimin malah lebih dituntut untuk berlaku  lebih baik dan bersopan santun dan baik-baik. Oleh itu, adalah diharam, atau  haram hukumnya bagi mereka yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat untuk  memaki hamun, mencerca, mencari-cari kesalahan dan memfitnah pemimpin Islam.

Menurut penafsiran Imam Qurthubi rhm tentang ayat diatas. “Dengan yang  demikian, ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah lembut  kepada sesiapa yang berkuasa. Sila lihat Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an –  Qurthubi. Jld. 11, m/s. 199.

Allah memerintahkan kepada setiap orang Islam, atau yang mengakui bahawa  dianya Islam agar menggunakan kalimah yang baik kepada orang lain atau diam  sahaja.

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia  berkata-kata dengan baik atau diam> H/R. Imam Bukhari (10/445)Al-Fath, dan  Muslim (1/68).

Nas-nas yang ringkas diatas merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang  beriman atau yang mengakui dirinya beriman. Menyeru agar mereka senantiasa  berbudi bahasa, bersopan santun dan menggunakan bahasa yang baik kepada  semua orang, tak kira apa pangkat dan kedudukannya.

Allah mengajar kepada kita selanjutnya. “Ucapkanlah kata-kata yang baik  kepada manusia.” Al-Baqarah (2) 83.

Ibnu Kathir rahimahullah menerangkan maksud ayat ini sebagaimana berikut:

“Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia maksudnya “Berkatalah kepada  manusia dengan kata-kata yang sopan santun dengan lemah lembut (bukan dengan  keras, kasar dan maki hamun serta penuh cercaan . pen). Dan termasuklah  dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah segala  kemungkaran.”Lihat Tafsir Ibnu Kathir. Jld.1, m/s. 169.

Salah satu tanda-tanda ahlul bid’ah, yakni pengikut hawa nafsu seperti  Khawarijj ialah mereka suka mencaci maki para ulamak ahli sunnah wal Jamaah  dan para pemimpin kaum muslimin.

Nabi kita yang mulia juga mengingatkan kepada kita semua agar menjadil orang  Islam yang baik dengan katanya “Islam yang baik ialah barangsiapa yang  menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya”. H.R. Bukhari dan  Muslim.

So kalau kita perhatikan disekeliling kita dewasa ini, apakah tidak ada  ciri-ciri Khawarij ini sudah mula menular kedalam masyarakat kita, kususnya  kepada orang-orang yang kononnya mahu memperjuangkan Islam?.