KEKELIRUAN FAKTA BERHUBUNG UMNO

 

Seperti buku lain yang kritis terhadap UMNO dan kepimpinan Dr. Mahathir, buku "UMNO TIDAK RELEVEN" adalah didorong oleh sentimen dan prejudis tetapi ia tidak seharusnya dibiarkan tanpa diberi perhatian kerana ia ditulis oleh bekas wartawan Utusan Melayu yang berpengalaman, Hussain Yaakub.

 

Hussaian pernah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ketika berkhidmat dengan Utusn Melayu di awal 60an kerana geraknnya menyokong konfrontasi Indonesia, telah memberikan beberapa fakta yang salah mengenai penguasaan UMNO ke atas Utusan Melayu.

 

Umpamnya Hussain mengatakan Pengasas, Pengarah dan juga Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu Allahyarham Yussof Ishak telah meletakkan jawatan pada akhir tahun 50an kerana tekanan daripada UMNO dan Perikatan.

 

Hal ini adalah tidak benar sama sekali sebaliknya apa yang berlaku ialah Yussof Ishak telah digulingkan oleh suatu komplot kiri dalam Utusan Melayu yang tidak senang dengan Yussof kerana sikapnya yang anti anasir sosialis dalam Utusan Melayu.

 

Bagi mengenangkan jasa Yussof Ishak, maka Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew melantiknya sebagai Presiden Singapura pertama.

 

Adalah juga tidak benar bahawa Utusan Melayu di bawah pimpinan Said Zahari, Tajuddin Kahar dan Salim Kajai mengamalkan kebebasan akhbar.

 

Pandangan Hussain itu adalah menunjukkan beliau sendiri masih tidak bebas daripada kongkongan sosialisme yang telah bankrap dan masih dalam khayalan Melayu Raya sehingga beliau nampak yang tidak bebas sebagai bebas. Di bawah pimpina Said, Utusan dikuasai politik sosialisme, anti UMNO dan pro Indonesia.

 

Ketika itu Utusan Melayu sudah tidak laku lagi oleh kerana orang Melayu yang kebanyakkannya penyokong UMNO memulaukan Utusan tanpa arahan memboikot dan UMNO terpaksa menyelamatkan Utusan Melayu dalam tahun 1961.