Make your own free website on Tripod.com

KATA PENGANTAR

 

Segala bukti penyelewengan hukum dalam Laman FATWA KARUT MENGELIRUKAN ini akan mendedahkan secara logika berdasarkan beberapa perbandingan REALITI yang mesti diterima oleh sesiapa juga yang sedia menerima bukti dan tidak cenderung kepada sifat Assobiyah menolak realiti. Penjelasan dibidang ilmiah diserahkan kepada orang yang lebih berwibawa. Namun apa pun keadaan, " Setiap yang hendak merawat mestilah tahu punca penyakit dan liku-liku karinah yang boleh membuktikan kepalsuannya".  Di antara tajuk-tajuk yang lebih bersifat FATWA KARUT itu ialah:

 

a)                 "Orang Islam UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama memerintah negara dengan orang kafir" atau ringkasnya dipanggil oleh orang awam "KAFIR BERIKAT". Bermula pada 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan mengambil separuh ayat 28 Surah Al-Imran mengikut tafsiran sendiri.

 

b)                 "Orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah". Bermula pada tahun 1978 membawa makna lahir ayat-ayat 44, 45, dan 47 surah Al-Maidah mengikut tafsiran sendiri.

 

c)                 "Tuhan jadikan kita untuk bergaduh" adalah suatu penyelewengan maksud ayat 251 surah Al-Baqarah. YB Haji Abd. Hadi Awang di Bukit Kulim, Marang, Terengganu  24 September 1980. Cerita Nabi Daud membunuh Jalut disembunyikan (Pangkal ayat 251 tidak dibacanya).

 

d)                 "Mati syahid lawan puak ini (UMNO)" kerana UMNO dituduh mempertahankan perlembagaan penjajah, peraturan kafir (AMANAT HAJI ABD. HADI) di Banggol Peradung, Kuala Terengganu pada 7 April 1981; tanpa rujukan kepada al-Quran ataupun Hadis.

 

e)                 "Kita boleh menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". Fatwa karut ini juga daripada Amanat Hj. Abd. Hadi Awang pada 7 April 1981 di Banggol Peradung, Kuala Terengganu.

 

f)                   "Fitnah Perjuangan Kebangsaan Melayu Adalah Assobiyyah" dan Nabi SAW tidak mengaku umat bermula tahun 1982. Hadis riwayt Abu Daud diselewengkan maknanya. Realiti sejarah Nabi SAW memperjuangkan Quraisy di Madinah disembunyikan.

 

g)                 Banyak lagi hukum-hukum ciptaan yang bersifat fatwa disebar secara kempen bisik; seperti mengundi PAS masuk syurga, PAS parti Allah dan lain-lain. FITNAH seperti zalim, racun Anwar, rasuah dan benci ulamak. Fitnah UMNO anti Islam dan menolak hudud adalah andaian tanpa bukti  yang juga terus disebar bagi menghasut rakyat supaya bencikan pemimpin UMNO dan kerajaan BN.

 

Kita hanya mampu berusaha tetapi Allah jua penentu segala; wallahu a'lam.

 

Dari Dato Safei Bin Daud.