Ayat 97 Surah an-Nisa'

 

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh Malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik)*, mereka ditanya oleh Malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang yang tertindas di bumi".  Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang yang demikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Ayat suci ini mendedahkan perbuatan segolongan orang Islam penduduk Mekah yang tidak mahu keluar berhijrah dan mengambil bahagian berjuang membela Islam daripada ancaman musuh, kerana mereka hanya Islam pada zahirnya sahaja.  Dengan sikap mereka yang sedemikian, mereka telah menganiaya diri sendiri dan dimurkai Allah kerana mereka rela ditindas oleh kaum kafir musyrikin.  Dan di Malaysia ini pula, maka parti UMNO lah yang tidak memerintah mengikut perundangan Islam, oleh itu sesiapa yang menyokong UMNO maka orang-orang itulah tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam, lantaran mereka menzalimi diri sendiri kerana tidak berjihad.