Ayat 85 Surah an-Nisa'

 

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik, nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripada-Nya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya.  Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-fiap sesuatu.

"Syafaat yang baik disini maksudnya: memberi bantuan dan turut berjuang membela Islam.  "Syafaat yang buruk" pula maksudnya: perbuatan belot memihak kepada musuh. (Tafsir al-Maraghi, 5:109).

Oleh kerana PAS ingin melakukan kebaikan maka sesiapa sahaja yang memberi sokongan kepada PAS dia tetap diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah s.w.t. Sebaliknya pula, jikalau menyokong UMNO sedangkan kerajaan UMNO meluluskan lesen judi dan membiarkan maksiat-maksiat lain, maka orang yang menyokong atau mengundi Barisan Nasional tetap berdosa sama seperti orang yang minum arak, kerana arak ada di Malaysia berpunca daripada kelulusan lesen oleh kemenangan Barisan Nasional/ UMNO.