Make your own free website on Tripod.com

Ayat 17 Surah at-Taubah

 

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

"Tidaklah layak orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkm) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri.  Mereka itu ialah orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka." Ayat 17 surah at-Taubah

 

Setelah Mekah al-Mukarramah dikuasai Islam pada tahun yang kelapan Hijriyah dan dibersihkan Baitullah dan Masjid al-Haram dari penyembahan berhala dan perbuatan syirik yang dilakukan oleh kaum kafir musyrik, maka pada tahun yang berikutnya, pada musim haji, diisytiharkan kepada kaum musyrik, bahawa mereka tidak dibenarkan mengerjakan Haji dan mengerjakan perbuatan Jahiliah di Masjid al-Haram kerana orang Kafir tidak patut dan tidak layak memakmurkan masjid-masjld Allah disebabkan kekufuran mereka, kerana yang berhak memakmurkan ialah orang yang beriman.

Oleh kerana orang-orang UMNO masih mengekalkan undang-undang yang direka oleh manusia, maka mengikut ayat 31 Surah at-Taubah orang yang seperti itu dianggap syirik.  Oleh itu, sesungguhnya orang-orang UMNO tidak berhak memakmurkan masjid-masjid Allah, carilah jalan untuk tidak membiarkan mereka dijadikan imam masjid dan rampaslah segala hak kita ini, kerana di Malaysia ini hanya orang-orang PAS sahaja yang berhak memakmurkan masjid.