Ayat 16 Surah at-Taubah

 

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahui-Nya) orang yang berjihad diantara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman?  Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

Pertama, Allah hendak menguji orang-orang PAS adakah mereka benar-benar berjuang Islam.  Kedua, Allah hendak memberitahu bahawa orang yang tidak mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat, maka orang itulah yang benar-benar berjuang Islam dan yang berhak memasuki Syurga Allah nanti, lantaran mereka tidak mengambil orang bukan Islam menjadi teman rapatnya.