Wakil Rakyat PAS diwajibkan merendah diri.

 

Selepas beberapa minggu PAS menubuhkan kerajaan di Kelantan, iaitu dalam tahun 1990 dulu, YA.B. Menteri Besar PAS mengarahkan kepada semua wakil rakyatnya supaya jangan membeli kereta besar, hanya kereta proton saga sahaja yang paling besar.  Ada di antara wakil rakyatnya bersungut, bagaimanaTokGuru jikalau kereta itu mati didalam perjalanan ? Jawab YAB. :  Itulah yang kita kehendaki, kita mahu rakyat melihat sendiri betapa miskinnya wakil rakyat PAS.  Selepas satu bulan sahaja, kebanyakan wakil rakyat PAS membeli kereta besar-besar.  Demikian juga dalam taklimat kemenangan PAS yang pertama di kediaman rasmi YAB. JKR 10.,  YA.B.  MB berjanji tidak akan lulus balak secara mudah atau cara biasa,  tetapi selepas beberapa bulan didapati sebahagian besar pemimpin PAS telah meniadi kaya raya hasil daripada pembalakan.