Make your own free website on Tripod.com

Fatwa daripada Ketua Ulama PAS.

 

Utusan Malaysia bertarikh 29/4/99 telah menyiarkan fatwa daripada ketua ulama PAS, kononnya Islam tidak melarang umatnya memaki, menghina, mencarut apabila menghadapi keadaan-keadaan yang tertentu.  Katanya dalam al-Quran sendiri ada Allah memaki Abu Lahab dan Allah juga telah mengatakan mereka buta tuli dan sebagainya tidakkah ini juga mencarut ?

 

Ketahuilah saudara-saudara, bahawa Allah s.w.t memang berhak melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki,  sedangkan manusiia terbatas kepada hukum-hukum yang telah ditetapkm oleh-Nya.

 

Sila lihat ayat 16 Surah an-Nahl yang bennaksud:

 

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

 

Mengikut Tafsir "Pimpinan Ar-Rahman" 'muka surat 666 edisi rumi ialah: Allah Ta'ala tidak membenarkan sesiapapun memandai-mandai menghalalkan atau mengharamkan sesuatu, dengan tidak berdasarkan hukum syarak.  Kerana perbuatan yang demikian hanya menurut hawa nafsu dan berdusta terhadap Allah Azza wa Jalla.