Menurut Abu
Yaala; "Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggung jawabnya terhadap umat, maka
wajiblah ke atas umat terhadap pemerintah dua perkara; taat dan menolong pemerintah dalam
melaksanakan tanggungjawabnya.
Dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan wajib taat kepada pemerintah adalah
seperti berikut:
Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu
kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin"
(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".
"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada
Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat
kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah
bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu
Majah).
Wajib ke atas setiap Muslim
patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak
diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah
patuh dan taat."
"Kamu akan diperintah olek pemerintah-pemerintah
selepas aku; yang baik akan memerintah kamu dengan kebaiknannya dan yang tidak baik akan
memerintah kamu dengan keburukannya, maka hendaklah kamu dengar dan taat kepada mereka
pada setiap perintah yang sesuai dengan kebenaran; sekiranya mereka melakukan kebaikan,
maka kebaikan itu bagi kamu dan bagi mereka; tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan,
maka kamu akan beroleh kebaikan, tetapi mereka akan menerima akibat kejahatan yang mereka
lakukan." (Hadis ini disebut oleh AI-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniah
dari riwayat Abu Hurairah).
"Sesiapa yang menarik kesetiaannya kepada pemerintah, ia
menemui Allah tanpa sebarang hujah, sesiapa yang mati tanpa kesetiaan kepada pemerintah,
mati ia seperti dalam jahiliah (maksiat)". (Riwayat Muslim)
"Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya
sekiranya mereka memerintahkan kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranKu, maka
mereka akan diberi pahala dan kamu juga akan diberi pahala kerana mentaati mereka;
sekiranya mereka memerintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranKu, maka
dosanya ditanggung oleh mereka dan kamu terselamat dari dosa." (Riwayat Al-Tabari)
"Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruhkan kamu
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci
mereka dan halallah bagi kami mengikut mereka". (Riwayat Al-Tabrani)
Inilah nas-nas Al-Quran dan Hadis yang mewajibkan umat
yang mentaati pemerintah Islam (Waliyullah Amri). Abu
Hurairah mentafsirkan perkataan ulil amri dalam ayat 59 Surah An-Nisa' di atas sebagai
'golongan pemerintah' (Tafsir Al-Tabari).
Prinsip ketaatan kepada pemerintahan ini sangat penting dalam
Islam, kerana kehidupan umat serta peraturan-peraturan yang dibawa oleh Islam "tidak
akan dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintah yang ditaati" (Imam al-Ghazali,
al-Iqtisad dan Fi al-I'tiqad). Kerana itu mentaati ketua negara adalah "sebahagian
dari asas-asas utama bagi syariat Islam yang suci dan benar ini" (al-Absyihi
al-Mustatraf).
Bertolak dari prinsip ini jugalah, maka perbuatan mencabar pemerintah yang sah sehingga
membawa kepada perpecahan masyarakat yang boleh memecahkan perpaduan dan melemahkan umat,
adalah merupakan kesalahan yang dipandang berat oleh agama, seperti yang tersebut dalam
sebuah hadis:
"Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu
semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan
kamu, maka hendaklah ia dibunuh." (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'I)