Make your own free website on Tripod.com

LeftFatwa.gif (15342 bytes)FatwaLogo.jpg (41838 bytes)pimpin.gif (31471 bytes)zztopflag.gif (59544 bytes)

flag.gif (9455 bytes)

IsuSemasa.gif (2783 bytes)

arkib.gif (1585 bytes)

komen.gif (1634 bytes)

Lainhal.jpg (2625 bytes)

 

 

 

 

 

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kita mewujudkan sebuah laman yang akan InsyaAllah memberi serba sedikit penerangan tentang penyelewengan tentang sebuah Parti yang melaungkan Perjuangan Islam seperti yang diwar-warkan.  Tajuk yang diberikan adalah sesuai dengan apa yang berlaku semenjak parti ini ditubuhkan. Realiti, Fantasi dan Logika akan memaparkan secara terperinci dan disertakan bukti-bukti samada dalam bentuk teks atau gambar serta keratan dari media tentang apa yang dikatakan realiti, fantasi dan logika yang membawa kepada penyelewengan agama.

Petikan-petikan dari kata-kata bekas ahli parti tersebut juga akan disiarkan demi memberikan apa sudah dan sedang berlaku dalam parti yang menganggap merekalah yang memperjuangkan Islam.

Diharap semua pihak dapat memberi pertimbangan dari sudut kacamata Islam tulen, bukannya perasaan atau emosi.   Selain itu, kacamata bahaya yang meracuni atau menghantui fikrah kedegilan berparti juga mestilah diambilkira.

Penyelewengan hukum juga didedahkan secara LOGIKA berdasarkan beberapa perbandingan REALITI yang mesti diterima oleh sesiapa juga yang bersedia menerima bukti dan tidak cenderung kepada sifat Assobiyah menolak realiti. Penjelasan secara ilmiah diserahkan kepada pihak yang lebih berwibawa.

Namun apapun keadaan ," SETIAP DOKTOR YANG HENDAK MERAWAT MESTILAH TAHU PUNCA PENYAKIT DAN LIKU-LIKU KARINAH YANG BOLEH MEMBUKTIKAN KEPALSUANNYA".