Make your own free website on Tripod.com

ULAMA DAN FATWA

Saya selamanya berpendirian bahawa perkara yang membabitkan hukum Islam hendaklah terlebih dahulu dibahaskan dikalangan mereka yang ahli tentangnya untuk diambil kata sepakat sebelum dihebahkan untuk pengetahuan umum.  Ini bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan orang ramai disebabkan percanggahan pendapat di kalangan ahli agama dalam memperjelaskan hukum bagi masalah-masalah yang berbangkit.  Namun perkembangan akhir-akhir ini memperlihatkan kepada kita bahawa bagi sesetengah pihak, kepentingan parti dan keghairahan membela kumpulan sendiri semacam telah menenggelamkan perkiraan-perkiraan tentang kepentingan umum dan keperluan memelihara kemurnian hukum Islam serta menjaga martabat dan maruah umat khususnya di kalangan orang bukan Islam.

Dengan perkembangan ini, perbahasan secara terbuka isu-isu tentang masalah hukum yang berbangkit menjadi satu keperluan yang tidak dapat dielakkan supaya masyarakat dapat membuat penilaian manakah hukum yang berpandukan Quran dan Sunnah seperti yang difahami oleh para ulama yang muktabar, dan hukum yang dipengaruhi oleh fahaman politik tertentu.

Persoalan halal dan haram adalah perkara yang sangat besar kedudukannya dalam Islam, kerana ia merupakan salah satu daripada tugas-tugas utama para Rasul S.A.W. :

" Orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis didalam Taurat dan Injil yang ada disisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk........ (Maksud ayat 157 Surah Al-A'raf)."

Dalam kehidupan muslim ia merupakan kewajipan yang membabitkan aspek kepercayaan dan amalan.  Seseorang muslim wajib mempercayai setiap hukum yang ditentukan oleh Allah, seperti mempercayai wajib perkara yang diwajibkan dan haram perkara yang dlharamkan.  Kemudian ia wajib beramal dengan hukum tersebut, iaitu melaksanakan yang wajib dan meninggalkan yang haram umpamanya.

Menurut Ibnu al-Qayyim, memperkatakan tentang halal dan haram tanpa ilmu yang mencukupi dan tanpa dalil merupakan dosa yang paling besar seperti yang dapat difahami daripada firmannya yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut oleh lidah kamu secara dusta, ini 'halal dan ini haram,' untuk kamu mengada-adakan pembohongan terhadap Allah.  Sesungguhnya orang-orang yang ada-adakan pembohongan terhadap Allah tidaklah akan beroleh kejayaan" (An-Nahl :116).

 Di dalam Sunnah juga terdapat banyak Hadis yang memberi amaran berat terhadap mereka yang memberi fatwa tanpa kelayakan, antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: " Sesiapa yang bercakap tentang hukum Quran tanpa ilmu, maka hendaklah ia bersedia mengambil tempatnya dalam neraka" (AI-Tirmizi).

"Orang yang paling berani memberi fatwa dikalangan kamu, bermakna ia paling berani mengharung api neraka" (AlDarami).

Berdasarkan peringatan-peringatan diatas, para ulama salaf amat takut dan sangat berhati-hati dalam memberi fatwa.  Apabila timbul sebarang kemusykilan tentang hukum, para Khulafa' Rasyidin mengumpul Sahabat-Sahabat yang alim bagi mendapatkan pandangan mereka sekalipun Khalifah-Khalifah itu sendiri merupakan ulama besar.  Ata' Bin Al-Saib menyatakan: " Aku menemui ramai daripada kalangan para sahabat; apabila salah seorang daripada mereka ditanya mengenai sesuatu masalah hukum, badannya kelihatan menggeletar ketika memberi jawapan".  Al-Qasim Bin Muhammad, salah seorang daripada tujuh orang ulama terkemuka di Madinah daripada kalangan Tabi'in, ketika ditanya tentang suatu masalah hukum, beliau inenjawab: " Aku tidak tahu.  Janganlah kamu lihat kepada panjangnya janggut aku dan ramainya orang disekeliling aku, demi Allah aku tidak tahu".  Imam Malik berkata: " Sesiapa yang ditanya tentang suatu masalah hukum, sebelum memberi jawapan ia perlulah terlebih dahulu mengingatkan dirinya bahawa fatwanya itu akan menentukan nasibnya samada ke syurga atau ke neraka".

Memandangkan pentingnya kedudukan fatwa dalam Islam, maka para ulama membincangkan persiapan yang perlu ada pada orang yang ingin berijtihad dan memberi fatwa.  Daripada huraian yang dibuat oleh imam-imam mujtahid seperti Syafiei, Malik, Ahmad dan lain-lain, Dr Yusof Qaradawi merumuskan seperti berikut: Tidak harus memberi fatwa bagi mereka yang tidak mahir dalam ilmu Usul Fiqh; tentang qias dan illatnya, dan bila qias boleh digunakan.  Begitu juga tidak harus memberi fatwa mereka yang tidak mengkaji pendapat-pendapat ulama dalam kitab-kitab mereka, dalil-dalil yang digunakan serta masalah-masalah yang terhadap persepakatan dan perbezaan pandangan mereka (Dr Yusof al-Qaradawi, al-Fatwa).

Dalam pengajian Syariah, ilmu yang khusus membicarakan tentang kaedah berijtihad bagi mengeluarkan hukum daripada Quran dan Sunnah serta dalil-dalil yang lain dikenali dengan ilmu Usul al-Fiqh.  Imam Syafi'ei yang begitu alim tentang Quran dan Sunnah serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya, memerlukan kaedah tertentu untuk berijtihad.

Beliau telah berusaha mengkaji dan merumuskan kaedah-kaedah yang perlu digunakan dalam berijtihad dan dimuatkan dalam kitabnya al-Risalah.  Menurut Imam Syafiei, "Tidak halal bagi seseorang memberi fatwa dalam agama Allah melainkan mereka yang arif tentang ilmu al Quran; tentang ayat nasikh dan mansukh, arif tentang al-Hadis, serta mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya.  Kemudian ia mengetahui pula hukum-hukum yang telah dibahaskan oleh para ulama"(lihat Ibnu alQayyim, I'laam al Muwqqi'in).

Setelah mengetahui persyaratan yang perlu ada pada orang yang memberi fatwa seperti yang disebutkan oleh para ulama diatas, adalah dirasakan munasabah diambil kira latar belakang Haji Abdul Nik Aziz sebagai orang yang memberi fatwa, sebelum fatwanya dihujahkan khususnya daripada segi kemampuan ilmiah berdasarkan pengkhususan yang beliau miliki.

pacerun: yes"> Di dalam Sunnah juga terdapat banyak Hadis yang memberi amaran berat terhadap mereka yang memberi fatwa tanpa kelayakan, antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: " Sesiapa yang bercakap tentang hukum Quran tanpa ilmu, maka hendaklah ia bersedia mengambil tempatnya dalam neraka" (AI-Tirmizi).