Make your own free website on Tripod.com

POLITICAL ADVANTAGE

 

Pihak yang berjaya meraih 'political advantage' adalah pihak yang berjaya 'mengekploit' keadaan. Kejayaan mahupun kegagalan sesuatu operasi, terutama yang melibatkan soal keselamatan adalah berkait rapat dengan kesannya terhadap 'political advantage'. Isu Memali contohnya, walaupun pucuk pimpinan PAS sendiri tidak bersetuju dengan langkah dan bentuk tindakan Ibrahim Libya pada mulanya, kesan tindakan dari pasukan keselamatan telah memberikan 'political advantage' kepada PAS.


Begitu juga dengan tindakan Pasukan Gerak Khas yang menyerbu rumah Anwar pada malam penahanannya. Meskipun sebelum itu permintaan untuk dibukakakan pintu ditolak berkali-kali, corak serbuan pasukan khas ini memberikan political advantage kepada PAS dan KeADILan.

Suka aku mengingatkan, aku cukup berpengalaman dan berpengetahuan tentang pendirian PAS terhadap pasukan keselamatan ini. Sejarah yang cukup panjang membuktikan bahawa PAS tidak pernah senang dengan pasukan keselamatan walaupun ada dikalangan anggota pasukan keselamatan mengundi PAS. PAS mengangap, pasukan keselamatan lebih merupakan anjing kepada kerajaan. PAS mengandaikan, pasukan keselamatan adalah sebahagian dari jentera UMNO untuk menjahanamkan PAS. Dalam satu majlis tarbiyyah dulu, ahli PAS sering diingatkan kesediaan mereka untuk syahid jika bertempur dengan pasukan keselamatan. Bagi PAS, pasukan keselamatan sebenarnya tidak lebih dari pihak yang sering menyusahkan mereka. Lihat sahaja bagaimana usaha untuk meruntuhkan imej pasukan keselamatan ditengah kemuncak reformasi jalanana. Pihak keselamatan, terutama pasukan polis dikecam, dihina dan dikutuk habis-habisan. Harakah, digunakan oleh semua pihak termasuk NGO untuk membuktikan 'kekejaman' polis. Ini semua, membuktikan bahawa PAS sememangnya tidak menyenangi pasukan keselamatan. Hingga hari ini, PAS juga menggunakan kaedah lama pihak pengganas komunis iaitu melaga-lagakan pasukan tentera dan pasukan polis.


Berjuta kali diterangkan, tiada siapa yang menghina Islam, serban, jubah, janggut dan kopiah. Mereka yang menghina diri mereka sendiri. Mereka yang mengenakan pakaian ini tetapi membunuh dengan kejam. Mereka yang menggunakan pakaian ini tetapi menggunakan Islam untuk membohongi orangramai. Mereka menakutkan orangramai dengan kaedaha ganas mereka seolah-olah mereka sahaja pilihan Allah SWT.

Impak yang kelihatan di Sauk ini ialah bagaimana sebilangan manusia memilih jalan bersenjata dan kasar untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih secara aman. Siapakah yang beroleh 'advantage' jika tuntutan ini dipenuhi? Tentulah pihak PAS dan pembangkang kerana mereka akan mengambilalih kuasa.


Kita yakin, kebijaksanaan pasukan keselamatan berjaya 'mengunci' mulut PAS dari menggunakan isu ini sebagai isu politik mereka. Jika peristiwa ini diselesaikan dengan cara tragedi Memali, anak isteri mangsa kejadian di Sauk akan diusung sebagai wira. Mayat arwah ayah dan suami mereka tidak akan dimandikan sebaliknya ditanam sebagai mati syahid. Akan timbul lagi kejadian menyiram wangi wangian ke kubur mereka. PAS akan lantang bersuara mengenai jihad dan 'kejahatan' kerajaan untuk menghapuskan Islam.


Tragedi Memali, Peristiwa Al Arqam dan isu Tabligh mengesahkan tindakan PAS untuk memilih bersimpati dengan sesiapa sahaja menjadi musuh kerajaan.