Suara Kebenaran

 

Manusia yang tidak lagi mahu mendengar suara kebenaran sedangkan suara kebenaran adalah suara Tuhan, adalah manusia yang berada dalam kerugian.  Bolehkah kita biarkan nasib masa depan anak cucu kita di tangan mereka yang jahil semata-mata kerana mereka telah berjaya menguasai media masa dan media cetak?  Apa dah jadi sehingga apa saja yang diperkatakan orang lain mereka tolak, tutup telinga dan pintu hati sekalipun benar?  Kita sepatutnya jangan bertanya siapa yang berkata tapi yang penting apa yang dikatakannya.

 

Kita adalah manusia yang sentiasa menggunakan rasional bila melakukan sesuatu.  Kita tak boleh membiarkan diri dikuasai oleh emosi.  Apa buruk sangatkah Perdana Menteri Keempat itu sampai ianya digelarkan Maha Firaun, maharaja yang paling zalim, angkuh dan kejam di dalam sejarah peradaban manusia?  Janganlah lebih-lebih sangat menghina orang.

 

Kita tak boleh menolak bahawa Mahathir sebagai seorang pemimpin bijak, berpandangan jauh, berani, mempunyai wawasan serta mempunyai ilmu yang banyak dan tinggi di samping gelaran dan anugerah diberikan termasuk wira Dunia Ketiga, pemimpin teragung di abad ini.  Sepatutnya kita tidak hapuskan beliau dengan cara yang begitu.  Kita kena tunjuk pada orang kafir bahawa kita ada cara kita sendiri.  Kita ikut akhlak Nabi kita yang sentiasa pemaaf seperti yang Mahathir lakukan terhadap mereka yang mengata, mencela dan menghina beliau.  Hendak cari pernimpin baik macam mana lagi?

 

Kemajuan dan teknologi yang dibawa olehnya telah digunakan sepenuhnya oleh orang yang tidak tahu bersyukur nikmat untuk cuba menghancur dan menjatuhkannya.  Mahathir tidak ambil kesah.  Pengunjung laman web tertentu yang popular di mana sehingga hari ini laman itu dikunjungi oleh visitor sebanyak hampir tiga juta semata-mata untuk memburukkan Mahathir.  Apakah kerana ramainya pengunjung laman web berkenaan maka Barisan Altematif sudah kuat?  Kuat atau lemah, rugi atau untung adalah ketentuan Allah.  Tuhan boleh memberikan kemenangan  atau keuntungan atau kekuatan kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Maka nila Tuhan mengkehendaki BN menang, ia tetap akan menang.  Yang jelas, rakyat mahukan kerajaan yang boleh menjamin kestabilan politik, ekonomi dan negara.  Rakyat hendak hidup tau?  Hendak selamat tau?  Dan semua perkara ini telah dibuktikan oleh Mahathir.  Sebab itu Mahathir tak peduli apa pun pembangkang nak kata.  Yang penting semua orang boleh hidup.

 

Mahathir telah membawa globilisasi kepada rakyat Malaysia.  Beliau telah membuka sempadan dunia menyebabkan rakyat Malaysia dapat maklumat yang tidak termimpi sebelum ini.  Oleh itu apakah kita tergamak merombakkan tali ikatan adat dan menuduh beliau sebagai Maha Firaun?  Seluruh perkembangan dunia tanpa ada batas dan sempadan ini adalah hasil usahanya yang pada mulanya dianggap sebagai membazir.  Sebagai seorang manusia yang memiliki adab sopan dan berperikemanusiaan, tentu tak elok kita menggigit jari orang yang menyuap rezeki ke mulut kita hingga putus?

 

Mahathir tentunya berbangga kerana hasil usaha beliau akhimya diterima pakai juga dengan meluasnya.  Sama ada ia menguntungkan dirinya ataupun tidak, itu soal lain.  Yang penting Information Technology (IT) yang dibawa itu telah dipergunakan semaksima mungkin.  Siapa sebenamya yang tak baik, yang tidak syukur nikmat, mereka atau Mahathir?  Apakah sumbangan anda pada bangsa anda selain dari pandai mengkritik dan maki hamun?

 

Sesiapa saja yang cuba menulis yang baik dan yang betul tentang Mahathir dianggap sebagai pengampu.  Ini sudah lebih.  Kalau semua orang telah keroyok orang tua ini, gajah pun mati.  Ini sudah zalim dan kejam. Tetapi ini adalah satu tanggungjwab menyedarkan mereka yang sudah terpesong bermain dengan perasaan dan emosi, satu tugas yang mesti dipikul sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini.  Allah memerintahkan kita supaya mengamalkan amar makrufnahi mungkar.

 

Firman Allah:

 

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya aku akan jadikan atas muka bumi itu khalifah.

 

Apa yang berlaku pada ulama di zaman mutakhir yang mahukan hudud tapi dalam masa yang sama hanyut dalam kewujudan sekularisme di tengah-tengah kaum Muslimin sama ada dalam bentuk memisahkan agama secara bertentangan dengan urusan kenegaraan, atau secara tidak memberi peranan kepada hukum Allah memerintah negara atau kumpulan yang menganggap dirinya berkuasa dan setelah Tuhan memberi kuasa?  Sebagai contoh, kita ambil sahaja soal perkahwinan yang diperleceh-lecehkan oleh Jabatan Agama Islam Kelantan.  Ada keluarga berminggu atau berbulan-bulan menunggu untuk perrnohonan nikah diluluskan.  Padahal Nabi SAW telah memerintahkan kita agar mempermudahkan urusan ini bagi menjauhkan fitnah dan dosa.  Kalau soal nikah dilengah-lengahkan, macam mana kalau pasangan yang terlibat berzina?  Siapa nak tanggung dosa?  Bila orang bemikah dekat Siam, kita kata "tak sah".  Dan bagaimana pula dengan soal kebersihan.  Cuba lihat tandas-tandas umum di Kelantan.  Bukankah kebersihan itu adalah sebahagian dari iman.  Bilakah kita akan bertemu seorang juara dan seorang wira yang betul-betul berani memperjuangkan Islam? lnilah penyelewengan yang besar dari prinsip akidah Islam apabila pemimpin yang melaung-laungkan Islam itu sendiri berlaku double standard.  Parti PAS adalah warisan dari zaman kolonialisme dan menjadi neo-kolonisme yang terus menerus tidak berjaya menyelesaikan masalah umat Islam dan hingga ke hari ini.  Sekiranya kita bertanya kepada Presiden PAS sendiri, apakah manifesto PAS?  Jawab Presiden PAS, "PAS tak ada manifesto".  PAS juga tidak mempunyai "shadow cabinet".

 

Walaupun penjajah asing telah meninggalkan negeri jajahan takluk mereka dan tibanya zaman kemerdekaan, tetapi PAS masih mengekalkan ideologi dan sistem mereka dalam urusan pentadbiran agama dan telah membuktikan kegagalan dalam menyelesaikan masalah manusia bahkan menonjolkan masalah-masalah baru selepas gagal menyelesaikan masalah yang sedia ada.  Hakikat ini sudah cukup untuk kita mengajak manusia kembali ke pangkal jalan, iaitu kembali kepada Din Allah yang dibawa oleh nabi-nabi sejak Adam a. s. yang menjadi bapa kepada seluruh manusia dan nabi-nabi yang selepasnya sehingga Nabi Muhammad SAW.  Itulah ajaran sebenarnya yang memberi kemerdekaan kepada manusia seperti yang dinyatakan oleh Rub'iyy Bin'Amar:

 

Allah membangkitkan kami untuk membebaskan manusia dari mengabdikan diri kepada sesama hamba kepada mengabdikan diri kepada Allah.

 

Kenapa perlu kita memilih lautan yang luas sebagai padang untuk berjuang.  Jawapannya mudah kerana Mahathir sudah dilabelkan sebagai maha Firaun.  Mari kita bertanya ada ke pemimpin PAS yang sudah begitu berkeyakinan mahu menghancurkan kerajaan yang ada ini.  Apakah mereka terlupa dunia ini Allah yang cipta?  Tahukah mereka apakah akibatnya?  Betul ke mereka bersimpati dan menyokong Anwar atau bukan mereka simpati atau menyokong Anwar.  Mereka ambil peluang yang keemasan ini untuk membidas dan mengkritik kerajaan yang majoritinya orang Islam menjadi pemimpin.

 

Ada ke Tok Guru dalam PAS yang mempunyai mukjizat macam Nabi Musa a.s. yang boleh membelah laut atau kekuatan mistik seperti yang ada pada tongkat Nabi Musa a.s. yang boleh menelan ular tukang sihir Firaun?  Kalau tak ada pi main jauh-jauh.  Modal Asobiyyah dah tak laku lagi.

 

Satu lagi pertanyaan yang ingin dikemukakan apabila melihat PAS begitu ghairah untuk mengambil alih negara dari BN pada pilihanraya lalu ialah ada ke ulama PAS yang mempunyai keramah dan kuasa mistik yang setaraf dengan Tok Ku Paluh di mana pada zaman Sultan datang kepada Tok Ku bukan Tok Guru pergi ke Istana mengadap dan menyembah sultan.  Bolehkah Haji Hadi Awang menakutkan Armada British dengan hanya menyengitkan serban di kepala Armada di tengah laut pun sengit sama?  Islam dan ketuhanan bukan boleh dipermain-mainkan?  Berapa ramai dari ulama PAS yang boleh berkomunikasi dengan Nabi Allah Hidir?

 

Kebanyakan orang dengan senang dan mudah saja berbicara tentang agama tetapi tentang "perlaksanaan", berapa peratus saja yang dicakapkan memenuhi apa yang di bicarakan.  Berapa peratus pula yang benar-benar dapat dilaksanakan?  Bagi mereka yang seperti ini kebenaran memang ada pada mereka.  Namun mereka tidak mampu melaksanakan kebenaran kerana diri mereka masih dibaluti oleh kekotoran dunia dan dosa-dosanya.  Puncanya ialah kerana tidak mengenal Allah seperti mana ianya dikenal.

 

Apabila cerita fasal sunnah-sunnah Nabi apa yang orang pentingkan hanya tentang janggut, serban, kopiah, jubah, purdah atau tutup kepala.  Dan syaitan tahu perkara-perkara ini tidak pun menakutkan syaitan maka dibiarkan mereka itu menghiasi hal-hal luaran itu sepanjang hayat.  Inilah cara syaitan mengatur strategi yang amat halus hingga yang mengakui ulama pun terperangkap apalagi yang baru kelmarin kenal Islam.

 

Sebenamya bukan syaitan sahaja yang menggoda manusia, malah malaikat juga turut menguji manusia.  Cuba baca AI-Quran tentang kisah dua orang malaikat Harut dan Marut.  Berapa ramaikah pengikut-pengikut PAS yang sedar tentang kehadiran Harut dan Marut ini dalam kehidupan mereka?  Kalau sedar, baguslah.  Berhentilah buat kerja yang karut marut ini.

 

Tengok apa jadi pada Anwar Ibrahim yang cuba masuk dalam istana Firaun hendak kalahkan Firaun, akhimya dia dan kronisnya telah terbukti mengumpul harta macam manusia lain yang gila dan tamak harta.  Bila dah ada kuasa Abim ke mana, Islam ke mana.  Tak semena-mena Anwar jatuh dalam lubang najis kerana kes liwat.  Anwar menjadi hancing, pering kerana telah bermandi-mandian dengan air kencingnya sendiri.  Siapa yang malu?  Mereka dan keluarga mereka.

 

Mengenai pengakuan mereka yang tidak percaya apa yang berlaku kepada saudara Anwar saja tidak menjawabnya secara terperinci di sini kerana ia memerlukan banyak tenaga untuk menerangkannya.  Mahkamah telah menentukannya dan kalau ingin jawapan sendiri maka sembahyang hajatlah.  Dan perkara ini sudahpun diseru oleh Perdana Menteri ketika dulu supaya rakyat mohon jawapan secara langsung dari Allah.  Pasti ada jawapannya.  Pastikan juga sembahyang dan doa anda "sampai" kepada Allah dan cucilah kekotoran batin sebelum bermunajat.

 

Andaikata saudara Anwar tidak bersalah pastilah dirinya merasa puas dipenjarakan kerana yakin tidak bersalah!  Bak Kata pepatah:    "Berani kerana benar". Dia akan sabar dan menunggu Tuhan sendiri yang melepaskan dirinya dari cengkaman penzaliman, jika benar itu suatu penzaliman dan jika itu kesalahan dirinya pastikan dia bertaubat dan mengakui juga bersalah walau pun pahit yang diterimanya.  Inilah sifat-sifat mukmin sejati bukan sifat muslim sejati.  Orang yang percayakan Allah saja tidak menoleh kepada yang lain sebab yang lain itu tidak ada kuasa.  Dia tidak mengharapkan pengikut atau rakan taulan sekali pun dia hanya berserah dirinya kepada Allah zahir dan batin.  Tetapi rasanya saudara Anwar tidak mencapai taraf itu.  Dia juga tidak berbeza dengan orang lain yang mengakui Islam.  Sebab itu boleh dikatakan memang mudah dan senang cakap fasal Islam!!