Nilai Budaya dan Amalan

 

Dalam sejarah manusia, berjaya atau tidaknya sesuatu bangsa itu bergantung kepada nilai-nilai yang dipegang dan yang diamalkan oleh bangsa itu.  Malaysia boleh.

 

Mungkin kita berpendapat amat sukar bagi sesuatu bangsa mempunyai semua nilai yang ideal tadi.  Tetapi tanpa memiliki semua pun akan membawa sedikit sebanyak kejayaan yang dicita-citakan.  Amatlah negatif kalau awal-awal lagi kita menolak kemungkinan kita memiliki nilai-nilai yang disebut itu tanpa mencuba.  Malaysia boleh, kita boleh.

 

Tidak ada siapa melainkan orang Islam sendiri yang mesti membetulkan masyarakat mereka.  Mereka mesti menjaga adab yang betul.  Mereka adalah pemimpin di kalangan manusia. Mereka sepatutnya berjemaah di kalangan para aulia sekiranya mereka benar-benar mencintai Rasulullah SAW seperti para sahabat sebelum mereka.  Mereka tidak boleh lagi mencampur adukkan politik dengan agama kemudian menggunakan agama untuk kelompok sendiri terutama mereka yang tidak ada perasaan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap sesama manusia serta tidak lagi memikirkan tentang alam dan ketuhanan.  Berimankah mereka yang hanya fikirkan kepentingan diri dan kepentingan puak-puak serta kaum kerabat sendiri semata-mata?  Hubungan sesama manusia, alam dan Tuhan diketepikan sama sekali.  Itulah padahnya bila asyik berceramah dan asyik mendengar ceramah.

 

Memang seronok apabila kita dapat menyatukan diri dengan alam, laut dan langit ketika kita cuba menyelesaikan sesuatu masalah negara yang memerlu dan melibatkan setiap anggota masyarakat.  Kita akan merasa lega, bertenaga apabila kita tidak lagi memberikan keutamaan kepada nafsu jasad kita dan segala-galanya yang berbentuk dan berupa.  Menyendiri dan mengosongkan diri serta melawan kehendak nafsu yang mementingkan kebendaan dan keduniaan adalah merupakan satu kekuatan.  Kita perlu membersihkan hati dan kita juga perlu mengukuhkan iman.  Sesungguhnya kita telah dapat menundukkan musuh yang bersembunyi dan menyamar sebagai diri kita sendiri.

 

Islam tidak melarang penggunaan ilmu pengetahuan yang betul dalam menghadapi perubahan masyarakat menurut masa dan tempat.  Islam mengizinkan penganutnya berijtihad kepada orang yang mempunyai keahlian pemerintah hak yang dinamakan siyasah syariyyah kepada pemerintah untuk mengendalikan masyarakat dan negara yang mengalami cabaran situasi yang berbeza-beza tanpa menyanggah hukum Islam yang tetap memberi kebaikan kepada manusia.

 

Adalah tidak wajar kalau kita menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan dan mengaku menegakkan kebenaran sedangkan pendokongnya tidak bersifat begitu.  Dan tidak wajar melarang orang lain daripada melakukan kemungkaran sedangkan yang bercakap itu terus hidup dalam kemungkaran.

 

Kalau kita sendiri hidup dalam kegelapan macam mana hendak menerangkan orang lain.  Begitu juga mencegah fitnah tetapi dia sendiri melakukan fitnah.  Kesimpulannya, apa juga kebaikan yang dianjurkan hendaklah dengan cara penuh keikhlasan.

 

Orang PAS tak boleh double standard.  Apakah dalam PAS tidak mengamalkan sistem ikut saja kata Tok Guru dan pemimpin?  Majlis usrah buat sedap mata dan telinga saja dan siapa pun tak boleh bantah, sebagai contoh bergabung dengan Keadilan dan memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri apabila ditakdirkan Barisan Alternatif menang pilihan raya.  Apa nak jadi dengan Fadhil Nor?  Pemimpin jenis apa dia ni?  Pemimpin tak sepatutnya memiliki perasaan rendah diri.  Tak malukah pengikut PAS dengan tindakan Presiden mereka? Kenapa tak pilih Anwar Ibrahim sahaja jadi Presiden PAS? Ada apa-apa ke antara Fadhil Nor dan Anwar?  Dulu sama-sama dalam ABIM.  Sayang betul nampaknyan Fadhil Nor pada Anwar.  Ada ke perhubungan adik angkat dengan abang angkat?  Anwar pun memang banyak adik angkat.

 

Kecuh ... ribut.. hebuh.  Ramai yang tak setuju, memberontak di luar, tak sebulu.  Semua ini datang dari mulut orang PAS, yang datang sendiri dan mendedahkan kepincangan dalam PAS.

 

Syed Husin AlAtas sendir dah pening kepala kerana dia baru saja berbaik-baik dengan PAS dan belum sempat mengisi borang menjadi tetapi semua dah jadi kelam kabut.  Mereka adakan usrah dan kuliah subuh di rumah dan adakan percutian serta datang bersantai-santai ke rumahnya.  Bukunya, Mahathir Di Ambang Senja telah dilancarkan oleh Fadzil Nor, Presiden PAS.

 

Seronok.  Bukan seronok apa, seronok tengok orang ramai terima PAS dan Fadhil Nor dah terima Anwar sebagai "PM".  Dah ramai intelek yang menyertai parti itu.  Tapi belum apa-apa dah bercelaru.  Alangkah sedihnya jika nasib PAS jadi macam nasib AI-Arqam.  Orang hilang kepercayaan pada pucuk pimpinannya.  Bila sebut pasal AI-Arqam, kita kena sebut pasal Ustaz Ashaari.  Ashaari pun dulu dengan ABIM juga.  Arqam ditolak oleh rakyat bila Ashaari mengaku dia telah menyesatkan orang dan kes yang terbesar sekali ialah kes yakazah yang mana beliau menggunakan seorang perempuan, Azzura, sebagai operator untuk bercakap dengan Nabi.

 

Memuji dan mengingati kebesaran IIahi adalah kelaziman yang mesti kita lakukan sebelum memulakan sesuatu tugas berat yang ada kaitan dengan alam manusia dan kemanusiaan.  Kita orang Islam tak pakai operator perempuan, takut nanti waktu dia nak berhubung dengan Tuhan, satu wayar sudah shot, tapi dia tak bagi tahu boss.  "Bulan" perempuan, disimpankan ditempat yang tersembunyi.  Habis time dia okay balik.  Bertawasul sendiri sudahlah.

 

Tak guna bercakap pasal agama kalau datang bulan pun tak tahu.  Sembahyang pun, tak boleh waktu kotor.  Ini pula nak bercakap dengan Nabi.  Orang sekeliling Ustaz Ashaari patut  sedar dan mulakan hidup baru. Sesat di hujung jalan baliklah kepangkal jalan. Orang sekeliling Ashaari waktu itu mula tunjuk ego dan angkuh.  Buang masa saja bercakap dan berlagak sebagai ahli agama jika kita tidak mahu menerima kebenaran.  Pendapat kita saja yang betul orang lain semua salah.

 

Kita jangan membiarkan pemimpin memperbodohkan pengikut, tak kira sama ada pemimpin PAS atau UMNO kerana kita sebagai rakyat ada mata, telinga dan suara hati.  Bila rakyat sudah simpati dan kasihan pada Mahathir dan benci pada Anwar kerana berita pembohongan dan kejahatannya sudah diketahui umum maka kita kena sampaikan.

 

Maka budaya burung kakak tua ini mesti dihapuskan.  Kita marahkan ahli UMNO, pada Mahathir, bagaimana pengikut PAS dan keADILan yang menyerahkan diri bulat-bulat pada pucuk pemimpin mereka?  Ternyata mereka telah membuat banyak kesilapan dalam percaturan politik mereka?  Mahukah kita terus hidup di dalam kerugian?  Kita semua manusia yang beragama dan yang ada kitab.  Kita bukannya kambing biribiri, ikut saja gembala.  Sia-sia hidup merdeka jika fikiran kita jumud dan minda kita tertutup rapat tidak mahu menerima kebenaran.  Kalau gembala terjun perigi buta kita terjun sama.

 

Ikut sajalah jalan yang lurus, yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.  Dan sebagai pelengkap kepada permulaan mukadimah tulisan ini, marilah kita membaca surah AI-Fatihah dan sesudah itu kita bersama-sama menadah tangan dan memohon doa kehadrat Allah SWT.

 

Ya Tuhanku!

Jadikanlah negara ini

Sebuah negara aman dan makmur

Anugerahkanlah rakyatnya

Dengan rezeki yang melimpah

jadikanlah rakyatnya

Orang-orang yang beriman

Kepada-Mu...

Ya Allah!