Pengganas II

Semasa Dr menjadi Timbalan PM pada penghujung 1979 dan awal 1980, salah seorang dari setiausaha sulit beliau telah disiasat oleh pihak keselamatan. Ketika itu, suasana ancaman komunis kembali menular apabila Soviet Union ketika itu melanggar Afghanistan dan membentuk kerajaan boneka disana.


Ancaman komunis kembali menular dinegara ini. Sebelum itu juga, beberapa pemimpin kerajaan termasuk seorang bertaraf Timbalan Menteri telah ditahan dibawah ISA kerana kenyataannya yang disifatkan 'bersimpati' dengan pihak komunis.

 

Ketika kerajaan melaksanakan tindakan ini, salah seorang dari 4 setiausaha politik, akhbar dan sulit Timbalan Perdana Menteri telah dikenalpasti. Berikutan itu, beliau ditahan dibawah ISA. Siasatan tidak berhenti disitu sahaja. Penahanannya juga melibatkan penyiasatan keseluruhan termasuk 'impak' yang berlaku disekeliling termasuk kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dr M. Dr M, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri tidak menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang berkuasa terhadap pasukan keselamatan. Beliau hanyalah Menteri Perdagangan dan Pengindustrian.


Beliau disahkan tidak terlibat dalam aktiviti ancaman komunis walaupun pemimpin PAS ketika itu sudah 'mendendangkan' lagu yang sama.


Tidak seperti dalam kes Al Maunah dan tragedi Memali. Pada kedua-dua peristiwa ini, PAS mengambil pendekatan tidak menyokong langkah kekerasan yang diambil oleh ahli mereka diperingkat bawahan. Allahyarham Ibrahim Libya pernah dinasihatkan oleh pucuk pimpinan PAS agar memberhentikan aktivitinya yang agak berbaur militan tetapi tidak diendahkan oleh Allahyarham. Begitu juga dalam kes Al Maunah ini. PAS, pada dasarnya tidak menyokong langkah ini walaupun ahli-ahli mereka ini yang menjadi ahli Al Maunah.


Hanya selepas kejadian inilah, baru sokongan PAS berubah. PAS menggunakan waris mangsa tragedi Memali sebagai bukti 'kekejaman kerajaan'. Perkara yang sama boleh berlaku kepada Al Maunah dan waris mereka jika kerajaan mengambil pendekatan yang sama seperti tragedi di Memali.


PAS nampaknya berubah nada. Pada awalnya, mereka mengatakan bahawa ia adalah rancangan pihak kerajaan untuk melupakan tumpuan rakyat terhadap masalah politik. Namun, sepertimana pendirian ahli PAS yang biasa, mereka bergerak menurut kata-kata pemimpin mereka kerana mereka tidak lagi mampu untuk berfikir. Demikianlah penjelasan Fadzil Noor ketika memberikan kenyataan bahawa beliau tidak dapat memberikan jaminan bahawa mungkin tidak berlaku pertempuran demi mempertahankan nama PAS.

 
Seperti biasa, akan muncul teori dari badut-badut PAS dan BA. Akan muncul juga, kutukan dan cercaan.


Ia tidak memelikkan kerana mereka sebenarnya tidak lagi berupaya berfikir kerana seperti kata KELAT, mereka hanya berfikir pasal bulan dan bulan tentunya bukan Tuhan.