Assalamualaikum kepada semua pelawat laman ini. Terlebih dahulu saya
sebagai webmaster ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat laman ini.
Sebelum saya sebagai webmaster meneruskan bicara, elok saya beritahu
kepada semua pelawat bahawa laman ini dibina secara sukarela tanpa ada paksaan atau
imbuhan dari mana-mana pihak yang berkepentingan. Ianya diasaskan atas daya usaha sendiri
dan kawan-kawan yang merasakan bahawa sesuatu yang tidak betul itu patut diberitahu kepada
awam yang selama ini dihibur dan dijanjikan dengan janji-janji berbentuk agama dalam
ceramah, tazkirah dan sebagainya. Webmaster dan kawan-kawan yang membantu tiada
kepentingan material dan tiada menerima imbuhan apa-apa dari mana-mana pihak dalam semua
usaha ini. Ianya ikhlas dari kami. Apa yang kami mohon ialah keberkatan dan keredhaan
Allah S.W.T dalam apa jua yang dilakukan. InsyaAllah.
Webmaster datang dari keluarga kampung yang sangat daif dimana keluarga
adalah ibarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tinggal hanya dirumah
beratap rumbia berlantai dan berdinding papan sayaung yang dibina di atas tanah tumpangan.
Atas kesedaran inilah, webmaster berjuang untuk memajukan diri di dalam pelajaran. Berkat
usaha diri dan keluarga dan juga bantuan dari kerajaan yang memerintah, webmaster berjaya
melanjutkan pelajaran sehingga keperingkat tertinggi. Alhamdulillah, webmaster dan
keluarga telah keluar dari belenggu kemiskinan yang daialami di tahun 70an dulu. Itu
rezeki yang Allah S.W.T beri. Dan tidak lupa bantuan dan biasiswa yang diberikan oleh
Kerajaan yang memerintah.
Webmaster merasakan yang ianya perlu membalas kembali jasa-jasa yang
telah kerajaan lakukan/berikan kepada webmaster semasa susah dulu. Kepada Allah webmaster
bersyukur, dan tidak lupa kepada kerajaan dibawah pimpinan pemimpin Islam UMNO wemaster
ucapkan terimakasih. Webmaster tiada wang yang banyak, Cuma webmaster ada sedikit masa
untuk membalas balik jasabaik kerajaan. Maka dengan inilah webmaster membuat keputusan
untuk membina laman ini disamping mencurahkah kebolehan webmaster dalam bidang yang
diceburi untuk mebalas balik jasabaik kerajaan. Maka tuduhan yang imbuhan material dan
pangkat yang diterima adalah fitnah semata-mata dan tidak betul. Webmaster berdoa agar
mereka yang membuat tuduhan seperti itu agar Allah S.W.T memberi keampunan dan membuka
hati mereka sebelum menuduh sembarangan.
Webmaster mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang meyumbang
dan membantu dalam meyediakan bahan-bahan yang bersangkutan. Semua yang ditulis adalah
berdasarkan bukti-bukti dari samada media cetak atau video audio yang masih ada disimpan
oleh pihak-pihak yang membantu. Dokumen
lampiran yang disediakan adalah salinan dari dokumen asal samada dikeluarkan oleh kerajaan
atau pihak pembangkan. Ini adalah fakta dan bukan tuduhan sembarangan.
Apa yang webmaster harapkan ialah agar pembaca dapat membaca dengan
hari terbuka. Jangan cepat melatah atau melenting demi kerana pembaca adalah penyokong
parti pembangkang. Jika ada yang menyentuh perasaan, webmaster mohon maaf. Apa yang cuba
webmaster lakukan ialah hanya untuk menunjukkan betapa penyelewengan agama berlaku di
dalam mencapai cita-cita politik pihak-pihak tertentu. Jangan kita di bawah ini menjadi
mangsa penipuan ajaran Islam oleh pihak ini. Inilah peringatan webmaster kepada semua.
Jika saudara-saudari merasakan laman ini sangat berguna dan dapat
membuka minda mereka yang selama ini hanya disuapkan dengan janji-janji agama yang indah,
eloklah kiranya disebarkan kepada kawan-kawan rakan taulan untuk sama-sama mereka membaca
dan menghayati fakta-fakta yang disediakan.
Sekali lagi terimakasih diucapkan kepada mereka yang melawat
laman ini dan tidak lupa juga kepada mereka yang menyumbangkan artikel. Kepada mereka yang
ingin memberi komen, berilah komen yang bernas dan bersangkut-paut dengan isi kandungan
yang disediakan.
Sekian Wassallam
KATA-KATA PENGHANTAR
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kita
mewujudkan sebuah laman yang akan memberi serba sedikit penerangan tentang penyelewengan
tentang sebuah Parti yang melaungkan Perjuangan Islam seperti yang diwar-warkan.
Tajuk yang diberikan adalah sesuai dengan apa yang berlaku semenjak parti ini ditubuhkan.
Realiti, Fantasi dan Logika akan memaparkan secara terperinci dan disertakan bukti-bukti
samada dalam bentuk teks atau gambar serta keratan dari media tentang apa yang dikatakan
realiti, fantasi dan logika yang membawa kepada penyelewengan agama.
Petikan-petikan dari kata-kata bekas ahli parti tersebut juga akan disiarkan demi
memberikan apa sudah dan sedang berlaku dalam parti yang menganggap merekalah yang
memperjuangkan Islam.
Diharap semua pihak dapat memberi pertimbangan dari sudut kacamata Islam tulen, bukannya
perasaan atau emosi. Selain itu, kacamata bahaya yang meracuni atau menghantui
fikrah kedegilan berparti juga mestilah diambilkira. Insya Allah.
Penyelewengan hukum juga didedahkan secara LOGIKA berdasarkan beberapa perbandingan
REALITI yang mesti diterima oleh sesiapa juga yang bersedia menerima bukti dan tidak
cenderung kepada sifat Assobiyah menolak realiti. Penjelasan secara ilmiah diserahkan
kepada pihak yang lebih berwibawa.
Namun apapun keadaan "SETIAP DOKTOR YANG HENDAK
MERAWAT MESTILAH TAHU PUNCA PENYAKIT DAN LIKU-LIKU KARINAH YANG BOLEH MEMBUKTIKAN
KEPALSUANNYA