Mengenal Parti PAS

 

Perjuangan parti PAS bukanlah untuk membentuk peribadi dan rumah tangga Muslim.  Bahkan sasaran pemimpin PAS yang utama adalah untuk mengislamkan pentadbiran negara, melaksanakan hukum hudud dan takzir, yakni hukuman yang ada hubungan dengan negara semata-mata, pada hal Islam bermula daripada peribadi Muslim dan rumahtangga Muslim barulah  tertegak negara Islam.

 

Suatu ketika dulu gendang "hukum hudud" dicanang habis-habisan sehingga mereka terlupa kepada soal-soal ibadah pemimpin dan ahli-ahlinya, kerohanian, akhlak, khidmat masyarakat dan kasih sayang sesama mereka dan juga sesama golongan Islam yang lain.  Mereka lupa kepada akhlak pemimpinnya yang suka bahkan mengizinkan memaki, menghina dan merendah-rendah orang lain, menuduh golongan yang tidak menyokong jemaah politik mereka sebagai kafir, taghut dan menentang lslam.  Mereka sengaja melupakan ayat-ayat Allah yang telah menggaris lebih awal lagi; bahawa orang lslam tidak  boleh menghina kumpulan atau individu kerana mungkin kumpulan mereka lebih baik.  Mereka juga lupakepada arahan Allah agar jangan memaki hamun walaupun kepada  berhalayang disembah oleh orang-orang yang bukan Islam demi menjaga akhlak dan tutur kata umat Islam dan juga hikmat-hikmat lain. Jikalau  kepada berhala yang jelas batil  itu pun Allah melarang menggunakan perkataan yang tidak sopan terhadapnya, maka adakah boleh kita memaki hamun kepada sesama manusia, lebih-lebih lagi kepada manusiayang sama-sama berkiblat dengan kita sebagaimana yang dilakukan oleh para pemimpin PAS ?