HUDUD PAS

 

 

DEMI politik semata-mata  Pas enggan beriman kepada ayat Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran.  Pas masih berusaha meneruskan pembohongan mereka menggunakan nama Allah hanya untuk memancing undi politik.

 

Perkembangan mutakhir menunjukkan, Pas tidak mahu insaf, tetapi akibat dirasuk ego politiknya, Pas berdegil untuk membawa usul ke Parlimen untuk menghukum bunuh orang murtad.  Pas merasakan bertanggungjawab untuk memelihara supaya gejala murtad tidak berlaku di negara kita.  Penyelesaian yang difikirkan sesuai oleh Pas untuk membendung masalah ini ialah dengan ugutan bunuh. Sebelum kita menggunakan logik kita sendiri atau pendapat dan pandangan mana-mana manusia, perlu kita kaji AlQuran untuk mendapatkan pandangan Allah dalam hal ini.

 

Salah satu maksud 'Islam' ialah kesejahteraan.  Manusia yang menyerah diri (aslamma) kepada Allah dengan mematuhi ajaran dalam al-Quran akan memperolehi kesejahteraan (Islam).

 

Secara ringkas, mengikuti addin, Allah akan membawa manusia kepada Islam.  Allah telah mengatur addin-Nya dengan begitu praktikal yang konsisten dengan sifat alam dan manusia yang dicipta-Nya.  Tidak ada sesuatu yang mistik atau esoterik dalam addin Allah sehingga manusia tidak dapat mempraktikkan addin-Nya atau menyusahkan manusia.  Addin seperti diterangkan dalam al-Quran adalah sempurna, sesuai untuk kehidupan manusia dan dipilih oleh Allah untuk semua manusia (AI Maidaah: 3)

 

Addin Allah berdasarkan bukti-bukti nyata dan apabila kita menggunakan pemikiran kita dengan minda dan hati terbuka, adalah mustahil kita tidak nampak kebesaran Allah dan kebenaran-Nya.  Sesiapa saja yang membaca al-Quran akan yakin bahawa al-Quran itu semestinya daripada  Allah dan bukan ciptaan manusia. Keyakinan ini timbul daripada sifat al-Quran itu sendir. Sebaliknya, bagi mereka yang prejudis atau sememangnya tidak mahu dibimbing oleh Allah, mereka ini tidak akan terima panduan daripada Allah kecuali dengan izin Allah.

 

Nabi Muhanmiad s.a.w. sendiri tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang dikasihinya dan tanggungjawab Nabi Muhammad hanyalah menyampaikan ayat-ayat Allah kepada mereka.  Sama ada mereka ini menerima petunjuk atau tidak, itu urusan Allah.  Perkara ini jelas daripada peringatan Allah kepada Nabi Muhanimad dalam surah al-Qashash ayat 56:

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk."

 

Sebaliknya, nafsu Pas berangan-angan untuk memberi petunjuk kepada manusia walhal itu bidang kuasa Allah.  Tugas dan tanggungjawab muslim adalah menyerah diri kepada Allah termasuk menyampaikan ayat-ayat Allah kepada manusia lain.  Walaupun kita mungkin amat mengharapkan mereka mendapat petunjuk, hanya Allah yang berkuasa memberi petunjuk.  Perkara ini jelas dalam Surah an-Nahl, ayat 37:

"Jika kamu sangat mengharapkan agar mereka dapat petunjuk, maka sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada orang yang disesatkanNya, dan sekali-kali mereka tiada mempunyai petunjuk."

 

Sunnah Rasul dan perintah Allah kepada muslim ialah untuk menyampaikan ayat Allah kepada manusia dengan cara yang baik supaya mereka boleh berfikir dan berkesempatan untuk diselamatkan di dunia dan di akhirat seperti Surah an-Nahl, ayat 125:

“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan (jalan) yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dia mengetahui orang yang mendapat  petunjuk."

 

Dalam usaha kita menyampaikan ayat Allah, kita juga diperingat supaya tidak menghina tuhan-tuhan mereka supaya penghinaan kita itu tidak terus menyesatkan mereka (Surah al-Anaam ayat 108).  Selanjutnya Allah juga memberi peringatan berikut kepada Nabi Muhammad berkenaan orang musyrik dalam surah AI-Anaam ayat 107:

"Dan kalau Allah mengkehendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukan-(Nya).  Dan Kami tidak menjadikan kamu pemelihara bagi mereka; Dan kamu sekali-kali bukanlah pemelihara bagi mereka."

 

Apabila kita menyampaikan ayat Allah kepada manusia, dan ada antara mereka yang berpaling., apakah yang perlu kita buat terhadap mereka?  Nabi Muhammad menerima perintah Allah saperti berikut dalam menghadapi keadaan sedemikian di dalam Surah anNahl ayat 82-83:

"Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajipan,yang dibebankan ke atas kamu (Muhanunad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.  Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang kafir."

 

Oleh yang demikian hanya Allah yang dapat memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan sememangnya akan ada orang yang menolak atau tidak mahu menerima (kufur) ajaran Allah seperti yang dijelaskan dalam surah An-Nahl ayat 93:

"Kalau sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya dijadikan-Nya kamu satu umat, tetapi dia menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi penunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.  Dan sesungguhnya kamu akan ditanya mengenai apa yang telah kamu kerjakan."

 

Hal ini begitu jelas sekali kerana Allah berfirman bahawa bagi orang yang tidak mahu percaya, mereka tidak akan percaya kalau pun malaikat-malaikat diturunkan (Surah al-Anaan Ayat 11I):

"Kalau sekiranya Kami turunkan kepada mereka malaikat dan orang mati bercakap-cakap dengan mereka dan Kami himpunkan kepada mereka tiap-tiap sesuatu dengan berhadapan, nescaya tiada juga mereka itu beriman, kecuali jika dikehendaki Allah, tetapi kebanyakan mereka itu jahil (tidak berilmu). "

 

Memandangkan kepercayaan seseorang itu urusan Tuhan, siapakah manusia untuk memaksa manusia lain untuk mempercaya atau menerima ayat-ayat Allah?  Hakikatnya, tidak ada seorang pun yang menerima petunjuk kecuali dengan izin Allah (surah Yunus ayat 1 00).

 

Islam adalah addin yang tidak mempunyai sebarang paksaan dalam hal kepercayaan kerana yang benar dan yang batil adalah jelas bagi mereka yang mahu berfikir.  Sememangnya seseorang manusia tidak boleh memaksa seorang lain untuk menerima petunjuk kerana hanya Allah saja berkuasa memberi petunjuk apatah lagi membunuh mereka kerana tidak mahu percaya.

 

Selanjutnya Allah juga tidak ketinggalan mengaiar manusia mengenai kedudukan orang yang menjadi kafir sesudah beriman (orang murtad). Dalam surah ali-Imran ayat 85, Allah berfirman bahawa addin yang diredhai olehNya  ialah Islam. Ayat 86 hingga ayat 89 Surah ali-Imran adalah mustahak untuk memahami kedudukan orang yang berpaling ini:

 

3:86:  "Bagaimanakah Allah akan menunjuk suatu kaum yang kafir, sesudah mereka beriman serta mereka telah mengakui bahawa rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul, dan keterangan pun telah datang kepada mereka? Allah tidak menunjuk orang yang zalim."

 

3:87:  "Mereka itu balasannya ialah: bahawasanya laknat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) laknat malaikat dan manusia seluruhnya."

 

3:88:  "Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan seksa dari mereka dan tidak (pula) mereka diberi tangguh.  "

 

3:89:  "Kecuali orang yang taubat sesudah (kafir) itu dan perbaikan.  Kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."

 

Apabila kita perhatikan ayat 89 di atas, sekiranya orang yang berpaling sesudah beriman itu dibunuh, bagaimanakah orang itu dapat bertaubat dan memperbaiki amalannya?  Di sini jelas bahawa Allah memberi peluang kepada orang yang berpaling selepas beriman (percaya) untuk bertaubat dan kembali kepada Islam.

 

Sebaliknya, Allah tidak menerima taubat orang berpaling yang menambahkan kekafirannya (Surah ali-Imran ayat 90; juga rujuk kepada surah atTaubah ayat 66).  Surah an-Nisa ayat 137 berikut ini dengan jelas menunjukkan keadaan orang yang  berulang kali keluar masuk Islam":

"Sesungguhnya orang yang beriman, kemudian menjadi kafir, kemudian beriman lagi, kemudian kafir pula, kemudian makin bertambah kekafirannya, tiadalah Allah mengampuni mereka itu dan tiada pula menunjuk mereka ke jalan (kebenaran)."

 

Jelas bahawa orang seperti ini tidak diampuni Allah dan tidak akan menerima petunjuk Allah.  Bersandarkan kepada al-Quran, tidak ada satu ayat pun di mana Allah memerintahkan secara khusus supaya orang murtad dihukum bunuh.  Sebaliknya Allah bertanya dalam surah Yunus ayat 99:

"Jika Tuhanmu mengkehendaki, nescaya beriman sekalian orang yang di bumi semuanya.  Adakah engkau memaksa manusia supaya mereka beriman ?"

 

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang telah kita bincang, timbul tanda tanya:

dari manakah sumber hukum bunuh untuk orang murtad ololeh PAS ?  Kitab apakah selain daripada al-Quran dan bertentangan dengannya yang dipakai oleh Pas?  Perkara ini perlu diperjelaskan oleh Pas.  Sekiranya Pas berniat ikhlas, perlulah Pas menunjukkan kepada rakyat jelata ayat-ayat al-Quran, jika ada, yang menghalalkan pembunuhan manusia yang murtad.  Daripada menggunakan lidah medianya untuk menabur fitnah, berita sensasi dan pendapat politik pemimpin mereka, lebih afdal Pas menyiarkan ayat-ayat Allah untuk tatapan pengikutnya.

 

Hakikatnya ialah kita memerlukan Allah dan Allah tidak memerlukan kita sama sekali.  Orang yang murtad tidak merugikan Islam atau pun merugikan Allah.  Mereka hanya menzalimi diri sendiri.  Allah mempunyai perancangan-Nya yang tersendiri dan Allah telah berjanji akan mendatangkan orang yang dikasihi oleh Allah untuk berjuang pada jalan Allah.  Perkara ini disebut dengan terang dalam surah al-Maaidah ayat 54:

"Hai orang yang beriman, barang siapa yang murtad (kembali) di antara kamu daripada agamanya (Islam), nanti Allah akan mendatangkan satu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan keras terhadap orang-orang kafir;  mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca.  Demikian itu kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya.  Allah luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."

 

Secara logiknya pula, tidak ada sesuatu pun untuk menghalang orang yang tidak mahu percaya untuk berpura-pura percaya untuk mengelakkan hukuman mati. Jika ini berlaku, masyarakat Islam akan mempunyai lebih banyak munafik di kalangan mereka.  Apakah tujuan Pas untuk melahirkan orang-orang munafik ?

 

Andaikan Pas berjaya memerintah negara ini dan melaksanakan undang-undang ciptaannya sendiri dengan menggunakan label 'Islam'.  Apakah kedudukan orang Islam yang mahu beriman dengan al-Quran dan Sunnah Rasul ?  Adakah Pas akan memberi kebebasan kepada orang Islam ini untuk tidak mematuhi undang-undangnya yang bercanggah atau tidak bersandarkan kepada al-Quran?  Adakah mereka ini akan digam sebagai murtad dan dibunuh oleh pemerintahan Pas?

 

Di sinilah letaknya bahaya parti ini yang mengunakan label 'Islam' tetapi tidak mahu bersandarkan huiah mereka berdasarkan al-Quran dan terus menyesatkan lagi golongan yang daif.  Di sini jugalah letaknya bahaya parti yang mengikuti nafsu memperalatkan nama Islam untuk tujuan politik dunia dan ingin sangat menggunakan kaedah paksaan dalam hal keagamaan.

 

Kita hanya dapat bertahan daripada dakyah Pas dengan memahami al-Quran dan memohon petunjuk Allah supaya kita tidak mudah tertipu.  Oleh yang demikian al-Quran seharusnya hendaklah terus dibaca untuk memahaminya.