1. Tahun 1959: PAS SALAHGUNA separuh
hujung ayat 15 surah Saba' (Baidatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur) dalam manifesto PAS Kelantan untuk piiihanraya
umum, sebagai umpan memancing undi dengan janji kononnya inilah negeri yang PAS akan bina
sebagaimana kehendak ayat 15 surah Saba' dalam manifesto tersebut. Sebenarnya ayat ini membawa amaran balasan baik
kepada orang yang syukur nikmat dan balasan azab bagi orang yang kufur nikmat. Sayang seribu kali sayang, demi kerana kepentingan
pilihanraya sahaja maka pengajaran yang sepatutnya diperolehi daripada ayat-ayat 15, 16
dan 17 surah Saba' ini tidak bermakna apa-apa
(klik untuk
LAMPIRAN D).
3. Tahun 1978: Dewan Ulamak, PAS Kelantan
dalam perjumpaan mereka di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan sebaik-baik PAS dipecat daripada
BN, sekali lagi membawa hukum berbentuk fatwa "Orang
UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah". Ayat 44, 45 dan 47 surah
al-Maaidah diberikan makna lahir ayat dan bercanggah dengan tafsiran Ahlus Sunnah
wal-Jamaah yang mengaitkannya dengan sebab ingkar barulah
menjadi kafir. Sebaliknya jikalau tidak punya kemampuan maka dimaafkan. Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh Tuan Guru
Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising (Salah seorana ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak, PAS
Kelantan). Beliau sendiri terpaksa keluar
daripada PAS apabila pandangan bantahannya pada majlis tersebut tidak diterima. Yang lebih jelek lagi ialah hukum kafir itu hanya
untuk UMNO. Walaupun PAS bersama memerintah
dengan UMNO dalam Kerajaan Campuran Kelantan (1973) dan Kerajaan BN seluruh negara
(1974-1977) hukum kafir itu tidak terkena pula ke atas PAS.
Sekarang PAS telah memerintah Kelantan dan Terengganu juga sama-sama tidak
melaksanakan sebagaimana yang PAS desak supaya UMNO membuatnya dahulu. Disini jelaslah menunjukkan bahawa cara
pelaksanaan Islam yang dilakukan oleh UMNO dan BN sudah betul mengikut tahap kemampuan
seperti yang dituntut oteh Allah s.w.t.; PAS selewengkan hukum dan buat fitnah.
4. 24 September 1980: YB. Haji Abdul Hadi Awang SALAH TAFSIR maksud ayat 251 surah al Baqarah dengan kata, "Dan
jikalau Tuhan tidak menjadikan manusia ini bergaduh, bermusuh, berkelahi; nescaya akan
rosaklah muka bumi". Ayat cerita Nabi Daud a.s.w.
bersama tentera Thalut yang berjaya membunuh Jalut telah ditukar tafsirannya menjadi hukum
HARUS BERMUSUH. Pengajaran yang terkandung dalam ayat-ayat 249
(Dalam peperangan, berbagai tipu muslihat musuh mesti diawasi) hingga ayat 252 surah
al-Baqarah (Yang menegaskankan bahawa inilah cerita) itu tidak pula diperjelaskan. Pengikut PAS menjadi berani bermusuh kerana ada
hukum yang difahami mereka sebagai fatwa "Tuhan Mahu Kita Bergaduh" itu. Ucapan asal YB. Haji Abd. Hadi ini ada dalam kaset rakaman audio.
5. 07 April 1981: YB . Haji Abdul Hadi Awang MENCIPTA HUKUM yang paling kontroversi dan
kemudian dicetak menjadi AMANAT HAJI HADI. Maksud hukum itu ialah "LAWAN
UMNO/BN MATI SYAHID". Akibatnya sangat
besar sehingga membawa kepada Sembahyang Dua Imam dalam masjid yang sama di
Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu (Jun-Julai 1982) dan sembahyang Jumaat dua se
kampung berjumlah 39 buah qariah seluruh negeri Terengganu, berlarutan hingga akhir tahun
sekarang. Tiga tahun kemudian hilang 18 jiwa
dalam Peristiwa
Berdarah Memali, Baling Kedah 19 Nov., 1
985. Urutannya akan dihuraikan
khusus selepas ini (LAMPIRAN F).
6. Dalam
AMANAT Haji Hadi itu juga terdapat para akhir satu HUKUM CIPTAAN lagi seperti fatwa iaitu "Kita
boieh menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". ATAU
isu ini disebut juga dengan nama SEKULAR. Penyelewengannya
ialah konsep memisahkan agama daripada politik itu tidak diperjelaskan. Buku
lslam & Politik, kajian Dewan Ulamak PAS
Pusat (Sept., 1980) ada menerangkan konsep memisahkan agama dengan politik (Muka surat 19
dan 23) iaitu negara yang punya ketua agama dan politik berlainan orang. Mengapakah buku Islam & Politik itu tidak
diedarkan lagi selepas sekali edar ketika perbicaraan kes fatwa Allayarham Tuan Guru Haji
Mustafa di Kampung Raja, Besut tempohari ? Jelas
di dalamnya menyebut konsep memisahkan agama dengan politik ialah agama di bawah seorang
ketua lain dan politik pentadbiran negara keseluruhannya di bawah ketua yang lain pula. Konsep inilah disembunyikan. Berdasarkan konsep sekular ini maka Malaysia
tidak boleh menjadi negara memisahkan agama dengan politik kerana mengikut perlembagaan
negara Malaysia sendiri, sudah menetapkan agama dan politik terletak dibawah kuasa raja
yang sama iaitu seorang ketua sahaja bagi kedua-duanya iaitu agama dan politik tidak
terpisah sama sekaii. Perlembagaan tubuh UMNO
juga tidak memisahkan agama iaitu jelas tersurat dalam fasal 3 "Mengekalkan maruah dan martabat
bangsa, agama dan negara". Kemudian diperkukuhkan
lagi dengan fasal 3.3 "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam..." (LAMPIRAN G)
7.
Mengenai kata-kata "Pisah agama dengan politik" atau sebaliknya itu pula
membawa maksud "Pisahkan parti politik,
khususnya PAS itu dengan agama"; dan bukannya politik SIASATUL-MUDUN yang sememangnya satu daripada
cabang kecil atau ranting Islam di bawah ibadat am. Namun
begitu ada ketikanya politik siasatul-mudun juga mesti dipisahkan dalam perjuangan agama
dimana umat Islam tidak punya kuasa memerintah negara.
Walau bagaimana pun yang timbul di Malaysia ialah politik PARTI ciptaan manusia
untuk pilihanraya. Inilah yang mesti dipisahkan dengan agama demi mengelakkan salah faham
berlakunya dua FITNAH ini:
i) Fitnah
pertama yang timbul ialah salah faham bahawa PAS yang bukan agama itu akan disangka iaitu PAS Islam dan Islam itulah PAS. lnilah realiti yang sedang bercelaru dalam
masyarakat Islam Malaysia sekarang. Orang
awam tidak dapat membezakan antara parti PAS dengan agama Islam terutama selagi PAS terus
menggunakan nama Islam pada partinya. PAS adalah ciptaan manusia, ditubuhkan untuk berebut
kerusi dalam pilihanraya walaupun tidak mampu memerintah negara (Parlimen). Agama Islam ciptaan Allah dan tidak terikat dengan
kehendak se masa semata-mata. Agama Islam
adalah ad-Din iaitu "Barang
yang diturunkan (syariat) dari Allah, melalui lidah para nabiNya mengandungi segala hukum". Islam adalah panduan cara
hidup yang berterusan tanpa mengira keadaan di mana berada serta kepentingan sesiapa dan
semasa. Islam sesuai pula pada sebilang ketika.
ii) Fitnah kedua
yang lebih berat akan timbul dan sudah pun ada berlaku sekarang ialah kepada orang fanatik
menyokong PAS dengan cara yang melulu membuat anggapan bahawa semua orang atau kumpulan
lain di luar PAS adalah tidak Islam. Agama Islam sama sekali tidak boleh menjadi parti; kerana parti itu adalah puak yang berbeza-beza dan bermusuhan antara
puak itu dilarang oleh Islam. Islam adalah mengandungi rumpun umat yang satu (Ummatan
Waahidah) tanpa mengira lokasi dan ideologi. Maka
puak parti itulah yang dikatakan pisah agama dengan politik.
8. Tahun 1982: Timbul lagi satu fatwa "Perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO adalah
Asobiyyah dan Nabi s.a.w. tidak mengaku umat". Hukum ini dibuat menerusi SALAH TAFSIR
hadis Nabi s.a.w. riwayat Abu Daud; sedang tafsiran yang diberikan olehnya itu bercanggah
dengan konsep Asobiyyah yang disebut dalam hadis jawapan nabi s.a.w. kepada pertanyaan
sahabat baginda dan bercanggah pula dengan terjemahan kamus 'al-Munjid'. Huraian lanjut mengenai Asobiyyah akan diberikan
kemudian melalui rencana khas pada siri yang lain. Disini
sudah cukuplah untuk menafikan asobiyyah itu dengan penjelasan yang diberi melalui
beberapa lampiran perbandingan LOGIKA. lngat! Jangan
tolak kenyataan, kerana ianya salah satu sifat asobiyyah iaitu "Menolak realiti
apabila jelas timbulnya bukti". (LAMPIRAN H)
9.
Makin hari semakin banyak kekeliruan hukum agama yang dibawa oleh pimpinan PAS
terutama Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar PAS Kelantan Antara lain Berita
Minggu 24 April 1994 melaporkan YAB. Datuk
Haji Nik Ab. Aziz berkata:
"Saya
kata haram bagi mereka yang menentang cara pemerintahan Islam itu kerana ada terkandung
dalam al-Quran dan hadis. Dan bagi mereka yang mempertikainya akan menerima balasan di
akhirat"(LAMPIRAN I).
10.
Samada benar atau pun tidak
hukum yang diberikan itu, orang awam yang mendengarnya sudah tentu membuat kesimpulan
mudah; bahawa haram menentang PAS kerana PAS mendakwa dialah pemerintahan cara
Islam atau PAS sahaja yang
memperjuangkan Islam atau selalu juga kedengaran
kata-kata bahawa PAS sahaja jamaah Islam. Pada realitinya di Malaysia banyak lagi kumpulan
jamaah Islam terutama yang dikenali sebagai kumpulan dakwah. Banyak juga parti-parti politik lain vang
memperjuangkan Islam seperti BERJASA, HAMIM dan termasuklah UMNO cuma PAS berbeza pada nama dan
iklan. Dari segi hakikat yang tersurat dan realiti pada
amalan, PAS tidak ada bezanya dengan parti-parti lain kerana memerintah negeri mengikut
perlembagaan negara yang sama. Orang awam
yang tidak tahu hakikatnya sangat mudah terpedaya dengan nama dan slogan PAS. Sedarkanlah kepada semua bahawa PAS dan
parti-parti lain semuanya sama; tunduk akur kepada perlembagaan negara Malaysia belaka. Untuk PAS, lihat sahaja perlembagaan tubuhnya
fasal 6(1 1) mencatit semua kegiatan dan tindakan PAS tertakluk kepada perlembagaan negara
juga.
11. Begitulah seterusnya
dengan berbagai pendapat lain yang dianggap hukum berbentuk fatwa oleh para pengikut PAS;
seperti kata-kata Datuk Nik Aziz, "Calon
UMNO diibaratkan lawan Nabi Muhammad" dalam Utusan Malaysia 15 April
1995. Dalam akhbar bahasa Inggeris New
Straits Times 08 April 1995 pula melaporkan Nik Aziz kata, "Mengumpat
dibenarkan bagi meluahkan dendam yang membara" yang kemudiannya
mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak sebagaimana yang dilaporkan besoknya oleh
Akhbar Berita Minggu 09 April 1995. YAB
Perdana Menteri pula pernah mencabar Datuk Nik Ab. Aziz supaya menunjukkan bukti manakah
ayat al-Quran yang membenarkan orang Islam mencarut; kerana sebelum ini YAB. Datuk Haji Nik Ab.Aziz pernah berkata, "Tuhan
juga mencarut". Laporan
Utusan Malaysia 20 Julai 1999 itu tidak berjawab hingga sekarang. Tidakkah semua ini membuktikan bahawa perkara
mengeluarkan hukum-hukum yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah menjadi lumrah amalan
pimpinan PAS. Sama ada nak kata fatwakah, nak
kata pendapatkah atau hukumkah terpulang, namun natijahnya akan diterima pakai oleh
pengikut PAS sebagai fatwa tok guru mereka dan bagi mereka apa jua yang tok guru mereka
kata adalah betul belaka, waliyazu biliah. (LAMPIRAN J)