1. YB. Hj. Abd. Hadi
cuba membuat penafoan mengenai amanatnya dalam akhbar Eksklusif 21-27 Jun 1999; terdapat
di muka depan seperti petikan di bawah ini:
"Malahan dalam
ucapan saya itu tidak pemah saya mengatakan UMNO itu kafir, cuma sava menyatakan batasan
antara iman dan kufur" (LAMPIRAN Q).
2. Adalah sangat menghairankan jikalau YB. Haji Abdul Hadi tidak boleh faham apa yang
dicakapnya. Soalan mudah ialah bagaimanakah boleh timbul hukum " Mati
kita adalah mati syahid" kalau orang yang kita tentang itu tidak kafir ? Apa yang jelasnya ialah kalau hukumnya boleh
MATI SYAHID (Ma'arikah) bermakna mestilah orang Islam berperang dengan orang kafir harbi
yang sedang memerangi agama dan menghalau orang Islam (Lihat maksud al-Quran dalam ayat 8
dan 9 surah al-Mumtahanah) :
(Surah Al-Mumtahanah Ayat 8)
"Allah
tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada
memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang berlaku adil."
(Surah Al-Mumtahanah Ayat 9)
"Sesungguhnya
Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena
agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan
barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim."
Oleh sebab realiti Malaysia tidak ada kafir seumpama itu maka teranglah pendapat berupa fatwa dalam amanat Haji Ab. Hadi amat barcanggah dengan ajaran Islam.
3. Kalaulah hendak dikatakan
pula tidak ditujukan kepada UMNO pun tidak benar juga kerana terdapat begitu jelas dalam
para satu awal-awal lagi menyebut perkataan "Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO... ". Oleh
sebab itu berani ditegaskan mengikut fahaman bahawa Amanat Haji Abdul Hadi adalah
mengandungi hukum agama yang bercanggah dengan Islam iaitu membawa maksud "LAWAN UMNO MATI SYAHID". Ramai yakin penuh demikianlah juga fahaman IJMA'
ahli-ahli majiis fatwa kebangsaan Malaysia (Yang terdiri daripada semua mufti yang ada)
ketika bersidang di Pekan Pahang pada l9 Februari 1986.
Laporan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan disiarkan dalam Utusan Malaysia
20.02.1986 dengan tegas merakam fatwa berkenan iaitu AMANAH
HADI BERCANGGAH DENGAN ISLAM. Apa lagi ? Bertaubat
sahajalah sebaik-baiknya (LAMPIRAN
R ).
4.
Adapun tentang dakwaan YB. Haji Ab. Hadi mengenai ucapannya menjelaskan batasan antara
iman dan kufur itu memang terang-terang bohong. Mana
ada perkataan yang menyebut atau condong kepada maksud menjelaskan batasan iman dan kufur
? Apa yang tertulis dalam amanah itu ialah
para satu sebab apa menentang UMNO dan BN. Para dua mengandungi hukum "
. kerana kita berjuang dengan
puak-puak ni mati kita mati syahid
... " dan para tiga " ....... kita menjadi kafir dengan mengatakan
politik suku agama suku".